Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, September 10, 2020

Ulasan filem: Mulan (2020), cerita pengembaraan sukar yang `difilemkan' secara mudah.

 


1. Minggu lepas saya berpeluang menonton Mulan (2020), ini filem kedua yang saya tengok sepanjang era Covid. Tengok wayang era ini tempat duduknya diselang selikan. Dan seperti biasa kehadiran kita di permis akan diperiksa secara SOP. Setelah dua kali ke panggung, dapat saya simpulkan tidak ramai orang tengok wayang. Ternyata Covid memberi kesan kepada industri perfileman dunia. Selain banyak filem terpaksa dijadualkan semula, ia juga berhadapan dengan ketidak tentuan mendapat sambutan akibat suasana Covid. 

2. Filem pertama yang saya tonton dalam era Covid ialah `Black Water: Abyss'. Saya tidak mengulasnya. Saya beri dua bintang malap sahaja. Kisahnya sekumpulan yang terperangkap dalam gua yang ada buaya. Bunyinya menarik namun cerita ini sangat lemah dan banyak kekurangan dari segala segi termasuk muzik latarnya. Serba serbi lemah. Cuma apabila suaminya dimakan buaya (suami yang curang dengan kawan baiknya sendiri (yang juga ada terperangkap sesama mereka dalam gua itu) ia seolah ada moral dan pengajaran di sini, iaitu suami yang curang (menyebabkan kawan baik isterinya sendiri mengandung) akan terhukum jua (dimakan buaya di akhir cerita). 

3. Kita kembali kepada cerita Mulan. Filem ini sederhana sahaja. Jika filem ini dikeluarkan pada 10 atau 15 tahun lepas, tentu ia akan menjadi sebuah filem besar yang diperkatakan dan menakjubkan. Namun iannya seolah mengeluarkan filem Jurassic Park (1994) pada tahun 2020. Bukannya saya nak bandingkan dengan filen Wonder Women, tetapi banyak kekeurangan yang saya tidak pandai jelaskan. Iaitu rasa akhir hambar saya selepas menontonnya. Kesan akhir ini adalah rasa yang kita rasa apabila berjalan keluar dari panggung dan juga masa kita memandu balik ke rumah.

4: Tema Filem dan persoalan: Saya rasa subjek yang menjadi dasar cerita ini ialah sifat kepahlawan dan keberanian yang ada pada manusia. Sifat tersebut tidak semesti dikaitkan dengan jantina. Perempuan juga boleh mempertahankan negara dan pemimpin. Persoalannya setakat mana masyarakat dapat menerimaa sesuatu yang tidak menjadi kebiasaan

5. Sinopsis Filem: Mulan, seorang anak perempuan yang berdarah pahlawan. Ayahnya seorang pahlawan yang hebat dan terkenal namun semua anak-anaknya adalah perempuan (dua orang). Mulan sahaja sejak kecil sudah lasak, siap panjat rabung rumah lagi. Apabila Mulan semakin dewasa  semakin kuat darah kepahlawanannya. Dan sebab itulah apabila Maharaja Cina mahu setiap keluarga hantar seorang anak lelaki untuk berperang, Mulan subuh-subuh lagi curi peralatan perang ayahnya (ayahnya yang ada cedera) dan menyamar jadi lelaki untuk diterima di kem latihan tentera. Dan di dalam kem tentera semasa latihan sudah terserlah sifat ketara kehandalnya. Dan akhirnya Mulan berjaya menyelamatkan maharajanya dengan mengetuai sekumpulan tentera kecil. (Dia mendedahkan dirinya adalah wanita selepas satu peperangan dan di sini konflik cerita agak menengang. Maaf spoiler) 

6. Unsur moral dan pengajaran: Yang boleh kita pelajari dan fahami 

6.1. Taat kepada keluarga adalah segalanya. Contohnya apabila Mulan ditawarkan oleh Maharaja Cina untuk jadi pahlawan di istana (setelah menyelamatkan raja), Mulan menolak kerana dia mahu balik kampung untuk minta maaf dengan ayah dan ibunya.

6.2. Bukan semua perempuan berpayu dara besar. Mudah bagi Mulan untuk menyamar jadi lelaki.

6.3. Keberanian dan ketangkasan tidak bergantung kepada jantina. Mula sangat tangkas dan tahu bawa diri. Berjiwa kental. 

Add caption

6.4. Adakalanya orang jahat itu adalah lahir dari tindakan masyarakat yang tidak menerimanya. Contohnya, ahli sihir yang sangat jahat yang akhirnya mati (kerana cuba selamatkan Mulan). Ini spoiler, maaf.

Ahli sihir yang ramping , rambut cantik tapi jahat. 

6.5 Seorang ayah seharusnya bersyukur sama ada dapat anak lelaki atau perempuan,  Yang penting kena ada jasa untuk keluarga masyarakat dan negara.

6.6. Orang yang menipu akan dicela.

7. Watak dan perwatakan: Saya berpendapat semua pelakonnya cemerlang dalam membawakan watak masing-masing, terutama watak Mulan itu sendiri. 

7.1. Apa yang memeranjatkan saya tidak mengenali Jet Li dalam filem ini. Walaupun sebagai Maharaja, saya tidak dapat mengenalinya, mungkin itu adalah kelebihan Jet Li dalam filem ini. Saya juga sebenarnya tidak ambil tahu siapa yang akan berlakon dalam filem ini. Ia adil untuk saya mengulasnya kemudian. 

7.2 Watak Mulan seorang yang mendahului zaman juga dibawa dengan baik. Adakalanya saya rasa kesian...

7.3. Skrip cerita mudah, maka maka fokus utama haruslah ditumpukan pada watak-watak. Nampak usaha ini telah dilakukan... namun entah kenapa ia tidak sampai. Perlu digali lagi. Tentulah konflik jiwa mesti dilukiskan dengan terang dan garang. Dan minimakan adegan yang tidak perlu dipanjangkan kerana penonton sudah tahu fungsi dan sifat watak. Pelakon tidak bersalah, adegan yang kelihatan longgar atau berlebihan dalam menggambarkan watak-watak.

8. Kesimpulan: Mungkin kerana Mulan adalah sejenis cerita `rakyat', maka harapan besar saya mahu melihat kehebatan dan keajaipan dalam filem ini (tidak semestinya kehebatan Mulan). Kisah klasik sebegini biasanya dipenuhi dengan cerita kehebatan tentang peperangan, tentang pengembaraan dan tentang penyamaran. Pun begitu bolehlah ditonton untuk penuhi hari minggu kita, sambil lepas tu pergi beli belah dan makan-makan.

9. Bintang: 3

Sekian.

P/s: Kadang-kadang saya juga merasakan pemikiran saya mendahului zaman. Maka pemikiran saya itu terpaksalah saya sembunyikan... 


No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home