Menurut laporan Bank Dunia, 20 peratus isi
rumah rakyat Malaysia, berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan,
memperuntukkan hampir 40 peratus daripada bajet mereka untuk makanan dan
minuman bukan alkohol.
BERNAMA,
Khamis, 4 Oktober 2018 | 7:57pm
1. Jika kita memcatat segala perbelanjaan bulanan kita, kita akan dapat ketahui ke manakah perginya gaji kita? Dan pada bahagian mana yang terbesar? dan bahagian mana yang terkecil.
2. Saya ada mengenali sebuah isirumah di mana pendapatannya kurang dari RM3000, dan mempunyai anak seramai 5 orang. Oleh kerana dia berada di kampung, kemelut ekonomi rumahtangganya tidaklah terlihat sukar, lagipun isterinya ada ambil upah jahit baju. Cuma sesekali dia mengeluh harga bahan makanan semakin meningkat... dia ada memperincikan perbelanjaan untuk makanan isirumahnya. Saya dapati sebahagian besar pendapatannya pergi ke makanan.
3. Didapati golongan yang berpendapatan tinggi sebahagian besar pendapatan mereka dibelanjakan kepada katogeri yang `lain-lain` dan `katogeri bukan makanan'. Kategeri `bukan makananlah" yang terbesar.Antara katogeri bukan makanan adalah bayaran pinjaman rumah, pinjaman kereta, insurans-insurans, kad kredit, bil air dan bil api.

4. Golongan berpendapatan tinggi juga cenderung menghabiskan banyak perbelanjaan untuk hobi dan juga hiburan seperti tengok wayang, atau pergi melancung. Mereka tidak pernah terfikir wang mereka tidak cukup untuk membeli makanan, mereka mungkin kerap kali terfikir wang mereka tidak cukup untuk beli barang bukan makanan... Kehidupan mereka tidak sensitif dengan kenaikan harga makanan.
5. Namun bagi isirumah yang berpendapatan rendah, apabila harga makanan meningkat mereka akan sangat terkesan. Tentulah terkesan kerana mereka ada keperluan yang bukan makanan yang juga perlu dibayar, mungkin berbentuk tetap seperti sewa rumah dan bayar van anak-anak hendak ke sekolah.
6. Oleh itu kawalan harga ke atas makanan perlu dilakukan oleh kerajaan dan diperkasakan dari segi pemantauan. Tindakan mengawal harga di pasaran juga boleh menghindari pasaran dimanipulasikan oleh golongan yang meneguk keuntungan semata-mata.

7. Dan sebab itulah bantuan makanan kepada golongan berpendapatan rendah sangat berkesan dalam menolong rakyat dalam jangka pendek.
No comments:
Post a Comment