Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, August 12, 2020

Kuasa tular dan kuasa polis: Kes Peniaga Burger membuka mata kita...

Apabila melihat sebuah filem Tamil (Theri) yang bertunjangkan isu rasuah, saya rasa sangat geram dan sedih. Rasa itu muncul kerana kita tentulah berasa seolah harapkan pegar, pegar makan padi. Kita rasa sistem perundangan dan kehakiman tidak berfungsi. Dan dunia tidak berpaksikan keadilan.


Review Movie Tamil : Theri ::: Bila Salah Guna Kuasa, Yang Berkuasa Tak Dapat Jalankan Tanggungjawab !


Pihak polis Malaysia menasihati orang awam supaya menyalurkan maklumat kepada mereka, dan bukannya menularkan di media massa. Ini mungkin untuk mengelakan berlakunya gangguan jika satu-satu kes tersebut tular. Contohnya timbul persepsi yang tidak betul. Atau penjenayah itu sendiri boleh cabut awal.


Namun jelas sekali dalam insiden yang berlaku, pelakunya seolah sudah `putus harap' dan merasakan dirinya bukan sahaja tidak dihargai malah tidak diadili. Inilah mulanya atau intipati isu. Maka beliau menularkannya. Di Youtube kita boleh melihat sekan sudah ada penanggunan lama yang maha hebat yang dia lalui. Dan kita percaya kes sebegini juga mungkin berlaku di tempat lain.


Sedia bantu abang Asri Janggut a.k.a abang Burger sekeluarga ...


Rasuah boleh berlaku di mana-mana, dalam pelbagaian bentuk dan melibatkan semua lapisan masyarakat. Ahli politik, pihak berkuasa seperti polis, pihak berkuasa tempatan, dalam bidang perguruan, agama dan lain lain. Malah guru dan ustaz juga boleh terlibat dengan rasuah. Oleh itu tidak hairanlah masyarakat Malaysia percaya berlaku kadar rasuah berlaku. 


Rasuah dikatakan berkadar terus dengan pembangunan setempat, di mana di kawasan bandar lebih banyak rasuah kerana pertumbuhan ekonomi dan persaingan hidup yang pesat. 


Insiden ini amat besar kesannya dan masyarakat `mengiakan' rasa hati mereka tersebut. Dalam hati, mereka menyokong dan dapat `melihat' akan kuasa tular tersebut.


Mungkin dalam kes-kes berskala kecil polis dilihat lebih berjaya berbanding apabila berhadapan dengan isu yang  besar dan kompleks, iaitu berhadapan dengan penjenayah moden yang bermuka-muka dan memakai banyak `topeng'...


Pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Daerah dan Majlis Pembandaran atau Dewan Bandaraya juga boleh dipersalahkan apabila tidak membuat pemantauan di permis kawsan mereka. Mereka sendiri juga mungkin terlibat dengan rasuah... Ia melibatkan pembelian lesen niaga, dan penempatan lokasi permis-permis yang terlibat. 


Semua pihak berkuasa kena bersatu untuk membentras jenayah, bukan bersatu untuk membuat plan pembahagian rasuah dari permis-permis, he he he.


Namun semoga isenden ini tidak mencalar imej kepolisan secara keseluruhan. Lagi pun pihak polis telah terbukti berkesan menjaga keselamatan secara keseluruhan. Cuba bayangkan jika tidak ada polis, tentu huru-hara setiap hari.


Polis berkuasa menahan dan menangkap penjenayah. Mereka tidak boleh `berbudi-bicara' dengan penjenayah. Makan rezeki halal dan dihormati dunia akhirat...


Semoga pihak berkuasa tempatan dan pihak polis di satu-satu kawasan bersatu hati dan mempunyai jaringan maklumat yang lebih lengkap, dan lebih berintergriti dalam menjalankan tugas.


No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home