Kebiasaannya apabila kita sebut pergi melancong, kita akan rujuk kepada pembayaran hotel, pengangkutan, aktiviti beli-belah dan merujuk karenah anak-anak yang jakun tidak dengar kata. Atau kawan-kawan kita yang tidak `like' gambar-gambar kita di FB sepanjang pelancongan kita. Namun situasi sekarang berbeza, masyarakat khuatir untuk melancong akibat Covid 19.
Saya jarang sangat melancong. Ia bukanlah upacara tahunan saya. Rasanya kalau ada duit lebih saya lebih rela beli pinggan mangkuk dan pasu. Rasanya tahun ini, sebelum Covid 19 saya hanya ke Cameron Highland. Dan semasa aktiviti melancong ini saya budget seminima mungkin. Saya tidak fikir melancong sebagai perkara keperluan.
Namun sebenarnya sektor perlancongan lebih dari itu. Aktiviti adalah aktiviti yang penting kerana di dalamnya sangat banyak dan pelbagai sumbangan. Dengan kata lain sektor perlancongan menyediakan banyak pekerjaan dan membentuk ekonomi setempat sekaligus ekonomi negara.
Sektor perlancongan bukan sahaja melibatkan penginapan, makan dan minum tetapi juga seni, hiburan dan rekriasi. Dan khabarnya sejak Convid 19 ini sektor perlancongan negara telah kehilangan RM46 billion pendapatan!
Pekerja gerai makanan di sekitar kawasan perlancongan dan di dalam kawasan perlancongan akan terjejas. Kampung yang berhampiran juga akan terjejas. Bukan sejuta dua juta yang hilang pekerjaan, lebih dari jumlah tersebut...
RM46 billion adalah jumlah yang banyak dan menggambarkan betapa banyak juga pekerja yang jadi penganggur. Dan selain dari inflasi, penggangguran adalah masalah makro negara, masalah utama. Maknanya pembangunan ekonomi akan perlahan dan mungkin menjadi negatif. Kesan akhirnya taraf hidup kita jadi rendah dan sempit, dan last sekali kadar jenayah dan kadar penceraian akan meningkat...
Melampaukah analisis saya? Tapi RM45 billion tu tentulah memberi kesan kepada Mak Cik Kiah...
No comments:
Post a Comment