"Hidup bersama dengan orang yang berlainan gander memanglah mencabar. Mencabar kerana pemikiran dan cara hidup adalah berbeza. Apabila kita mempunyai pasangan, kita akan lalui cabaran itu sehingga kita mati atau salah seorang dari kita mati". Luahan seorang kawan yang saya rasa memang datang jauh dari sudut hati dia. Saya kenal Haslina sudah masuk 14 tahun, daripada zaman dia anak dara hinggalah zaman dia kehilangan dara. Maksud saya sehingga dia bersuami.
"Sebab itulah saya tidak pernah cuma mahu mengubah pemikiran pasangan saya. Saya tunjuk sahaja apa yang perlu dia buat, dan tidak berharap sangat dia akan ikuti saya..." Katanya lagi saya apabila dia membicarakan soal suaminya yang suka lepek kain tuala merata. Kadang-kadang atas katil!
Namun tidak semua kawan saya bersikap begitu. Ada yang masih berusaha gigih mahu mengubah pasangan mereka.
Dan pada suatu petang saya berjumpa dengan Anne Anabel (bukan nama sebenar, nama sebenar kampong jea). Dia memberitahu keluh kesah hatinya akan perangai suaminya yang masih lagi tidak berubah walaupun sudah berumahntangga selama tujuh tahun. Saya diam sahaja. Saya diam sahaja pada permulaannya.
Add caption |
"Awak berkawin dengan lelaki...seorang lelaki" Kata saya apabila lihat kerisauan kawan saya yang sudah mewakili tahap melampau.
"Ya lah saya bukan kawin dengan perempuan..." Kata kawan saya sedikit pelik.
Saya lihat mukanya sedikit kusut walaupun masih muda. Hendak sahaja saya usulkan guna Loreal Revitalit. Namun saya pendamkan sahaja. Buat apa mencara hal muka bini orang? Bukannya kita yang nak tatap, nak peluk.
"Maksud saya, awak tahu tak lelaki dan perempuan berbeza dari segi psikologi, perangan, pemikiran dan keupayaan fizikal. Kadang-kadang kefaham terhadap sesuatu perkara juga berbeza" Saya memberikan jawapan skema.
"Awak akan laluinya sepanjang hidup, institusi perkahwinan bukan sesuatu instrument untuk merubah apa-apa..." Jawap saya lagi, ala jawapan orang yang ada PHD.
"Lelaki suka ambil mudah, perempuan pula cerewet. Lelaki tidak mengaku mereka ambil mudah, begitu juga dengan perempuan tidak mengaku dia cerewet. Lelaki suka simple tetapi perempuan sampai gelas pun dia nak corak bunga..." Kata saya.
Saya berharap dia akan berfikir. Namun selepas itu tidak beberapa lama saya `tarik' balik harap saya itu kerana perkahawinan juga tidak semestinya mengajar kita jadi lebih bijak.
Terimalah seadanya sebab kadang kala tak banyak perubahan yang kita mampu buat...
No comments:
Post a Comment