Gambar hanya hiasan |
Kata kawan saya masakan di kedai makan berbeza dengan masakan yang dimasak di rumah. Katanya lagi masakan yang dimasak untuk jualan kebanyakannya tidak sedap dan tidak bersih. Ini kerana masakan itu dimasak untuk tujuan komersial. Ada logiknya juga kan, walaupun sebenarnya masakan itu sepatutnya sedap dan bersih untuk tujuan komersial.
Itulah pendapat kawan saya. Ramai juga kawan-kawan berpendapat begitu.
Ramai kawan saya makan di kedai, atau buat balik lauk dari kedai. Saya pula selaku orang bujang (bukan tak laku), memang majoriti makan di kedai. Dan perasaan hati selalu juga diganggu riak kerungsingan. Saya khuatir adakah masakan itu bersih?
Kalau kurang sedap tu saya makan juga...tapi kurang bersih saya tidak boleh berkompromi. Kalau pelayan tak lawa pun saya tak kisah. Tapi gigi mesti ada la.
Namun untuk mencari kedai makan yang bersih amat sukar. Macam mana kita nak tengok? Kita tidak melihat mereka memasak, alatan memasak mereka dan sebagainya.
Kita hanya melihat tuan kedai sahaja...
Minggu lepas saya meninggalkan sebuah kedai apabila sahabat saya beritahu dia pernah melihat lipas dalam nasi lemak yang dibelinya, dan juga beberapa kejadian lain. Saya yang tengah makan terus terasa `kembang' leher nak telan. Rasa tak dapat nak teruskan pemakanan tersebut.
Saya terus berhenti makan dan bergegas ke kaunter beritahu kononnya boss saya wasap kena balik segera ke pejabat dan saya minta tolong bungkus air saya. (Sedangkan kemudiannya air pun saya tidak minum).
Sebenarnya saya sudah terasa ada sesuatu yang tidak `kena' dengan kedai itu...
Saya percaya banyak kedai makan kotor dan `kotor'....
XXXXXXXX
27 kedai makan terlalu kotor
MyMetroMutakhir
Share
Tweet
Khairul Najib Asarulah Khan
am@hmetro.com.my
CUAI dalam mengendalikan makanan serta terlalu kotor menyebabkan 27 premis di Seremban diarahkan tutup serta-merta selama dua minggu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Zainudin Mohd Ali berkata, arahan itu dikeluarkan selepas pihaknya menjalankan Operasi Bersepadu Makanan Bersih, Rabu lalu.
Beliau berkata, dalam operasi itu, sebanyak 59 premis makanan terutama yang beroperasi 24 jam diperiksa.
“Hasil pemeriksaan mendapati 27 premis berada pada tahap kotor dan diarahkan tutup serta-merta.
“Tindakan itu dijalankan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Selain itu, sebanyak 147 notis kompaun berjumlah RM32,400 dikeluarkan mengikut Seksyen 32B akta sama.
“Seramai 42 pegawai kesihatan daerah terbabit dalam operasi bermula 9 pagi sehingga 6 petang itu,” katanya dalam satu kenyataan di Seremban, hari ini.
Zainudin berkata, dari awal tahun sehingga September lalu, sebanyak 5,675 premis makanan diperiksa dan 125 daripadanya diarahkan tutup.
"Dalam tempoh itu, sebanyak 1,527 notis kompaun berjumlah RM299,640 mengikut Seksyen 32B akta sama, dikeluarkan kepada pemilik dan pengendali makanan atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
"Pada tahun lalu, sebanyak 6,358 premis makanan diperiksa dan 124 daripadanya diperintah tutup," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 November 2017 @ 2:28 PM
No comments:
Post a Comment