Seawalnya saya dapat rasai, ini mungkin kerosakan yang paling teruk yang saya alami kerana ia melibatkan injin. Injin tidak boleh dihidupkan. Sepanjang memiliki Sisijay, ini kali kedua dia mati tanpa boleh dihidupkan semula.
Balik kampung adalah episod yang mengembirakan. Sudah dua minggu barang-barang yang mahu dibawa balik terkumpul di tepi pintu besar rumah. Segala barang untuk dibawa pulang disusun elok. Dan kali ini lebih istimewa kerana ada set tupperware untuk emak. Tupperware itu sebenarnya untuk kegunaan hari raya puasa tetapi lewat sampai (guna pos), jadi elok diguna untuk raya puasa. Biar berbekas kelainan aidil adha kami.
Juga ada 6 kampit beras, Milo, susu Everyday, susu Omega, dan air kotak. Semuanya untuk diagihkan kepada yang memerlukan. Kali ini saya hanya menolong kawan-kawan yang buat projek amal. Di kepala sudah tersemat siapa penerimanya yang saya fikir layak.
Bertenaga dan rasa memberi, itulah antara sebab suka melibatkan diri dalam projek amal. Sejak di bangku sekolah, saya sudah agihkan unifom saya kepada kawan-kawan yang memerlukan. Kalaulah saya punya banyak masa dan banyak wang. `Kalaulah..' itulah yang saya fikir setiapkali menyampaikan...
Saya bermalam di rumah kakak. Memang sudah rancang paginya akan terus bertolak dari rumah kakak. Saya kerap juga ke rumah kakak. Mungkin saya sudah tua... mahu berada dengan orang yang kita kenali.
Gambar hanya hiasan, saya tua, gemok dan berkereta kecil |
Tidak berapa lama bertolak meninggalkan perumahan kakak, saya tertanya-tanya samada saya sudah bawa beg duit atau tidak. Saya memberhentikan kereta untuk memeriksa beg besar saya. Saya kerap terlupa. Mungkin sudah tua, tetapi yang nyata cuai. Adakah kecuaian akan meningkat seiring dengan usia? saya rasa `ya'.
Semasa hendak hidupkan kembali kereta tersebut, ia tidak dapat dihidupkan. Saya cuba beberapa kali sebelum saya menalipon abang ipar saya. Setelah abang ipar saya datang, dia menalipon kawannya,, seorang makenik. Dan sementara menunggu mekanik tiba saya kembali ke rumah kakak. Menunggu di sana.
Kemudiannya barulah saya ke sana semua dengan abang ipar untuk bertemu mekanik tersebut dan menceritakan sedikit sebanyak apa yang terjadi. Dan mekanik terus memeriksanya, dan saya kembali menunggu di rumah.
Akhirnya kereta tersebut tidak juga dapat dihidupkan. mekanik tersebut memberitahu harus ke bengkel. Saya guna khidmat towing untuk ke produa servis.
Tidak tahu lagi bila boleh diambil...
Saya tidor di rumah kakak dan kemudiannya kakak hantar ke muadzam...
Saya rasa tentu tiada masalah, saya tumpang kawan-kawan ke tempat kerja...
Saya tenang sahaja pada hari kejadian. saya tidak sangka saya akan setenang itu. mujur kereta itu rosak sebelum saya masuk ke LPT2. Saya mula percaya tuhan lindungi saya. saya benar-benar mahu percaya.
Saya tenang sahaja pada hari kejadian. saya tidak sangka saya akan setenang itu. mujur kereta itu rosak sebelum saya masuk ke LPT2. Saya mula percaya tuhan lindungi saya. saya benar-benar mahu percaya.
No comments:
Post a Comment