Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, July 8, 2020

Kisah durian: Saranan untuk kerajaan tetap harga siling durian adalah sesuatu yang melucukan

ISI durian paduka yang pernah dinobatkan durian terbaik di Perak. FOTO Ihsan IGROW.

Kepada saya, saranan kepada kerajaan untuk tetapkan harga siling buah durian adalah sesuatu yang melucukan.

Harga siling memang berguna dan bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat. Namun peranan pasaran bebas untuk menetapkan harga barangan juga mempunyai fungsi kebajikannya tersendiri. Termasuk juga menjaga kebajikan penjual/peniaga.

Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) memberitahu sudah tiba masanya kerajaan campur tangan memperkenalkan harga siling buah durian klon, mengikut gred. Saya ada dengar dari berita di radio dan juga membaca di internate mengenainya.

Secara peribadi, saya tidak rela mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk makan durian. Kalau saya ada duit yang lebih barulah saya beli buah durian yang mahal. Biasanya saya membeli durian yang murah sahaja. Kira ukur baju di badan sendiri.

Jika harga durian klon meningkat sehingga RM100 sekilo pun, ia menunjukan adanya permintaan dan kesanggupan dan keupayaan pembeli untuk membeli pada harga tersebut. Ia adalah teori ekonomi yang mudah.

Tidaklah boleh kita merungut kereta Mercedis mahal, dan kesianlah kepada orang lain, mereka hendak juga merasa pakai Mercedis. Sedangkan kita ada model kereta yang bersesuaian dengan setiap golongan. Maksud saya golongan yang mampu (mampu membuat permintaan di pasaran).

Dalam ekonomi permintaan bermaksud keupayaan untuk membeli (ada duit), jika cakap sahaja tapi tak ada duit kita panggil `cakap besar', he he he.

Untuk mengusahakan sebuah kebun/ladang durian memerlukan kos yang besar, masa menuai hasil yang panjang dan risiko-risiko perniagaannya juga besar. Sahabat saya ada maklumkan kos keseluruhan untuk mulakan kebunnya yang seluas 2 ekar sahaja sudah mencecah RM15K!.

Sodok tanah, pagar (elak babi), gali lubang, beli anak pokok elok, beli baja, buat jalan, sistem pengairan. Seekar tanah cuma sekitar 20 hingga 30 pokok. Dan pokok-pokor tersebut kena `sulap' jika mati. Dan kematian tidak mengenal tua muda...

Itu semua tidak termasuk kos beli tanah lagi. Dalam ekonomi semua hendaklah dikira termasuk gaji kita (yang pergi jengok sekali sekala), bukan upah/gaji pekerja-pekerja yang jaga kebun itu sahaja.

Lagipun mengenakan harga siling untuk barang bukan keperluan mungkin juga merumitkan pihak peniaga  kerana permintaan terhadapnya bukannya dari jenis permintaan yang tetap. Pendapatan dari jualan durian juga tidak pada setiap bulan. Dan adakalanya musim durian tidak `menjadi'.

Ini tidak lagi mengira faktor pemasaran dan faktor `orang tengah'.

Ungkapan peniaga `ambil kesempatan' tidak boleh digunakan kerana harga terhasil dari permintaan dan penawaran barang yang sedia ada di pasaran, tiada paksaan. Pengguna juga ambil kesempatan apabila harga murah.

Maka kita makanlah buah durian mengikut gred yang kita mampu. Ada juga durian kampong yang murah. Tuhan maha adil. 

Atau kalau ada tanah sekangkang kera, tanamlah sepohon. Dan jika tidak ada tanah dan tidak mampu, kira menabunglah untuk membeli. Biasalah kita buat begitu apabila kita tidak mampu tapi tetap mahukan sesuatu. Saya selalu juga buat, tabung duit beli perfume.

Adalah lebih elok kita sarankan kerajaan untuk tetapkan harga siling bagi baju, seluar dan kasut sekolah...

Dok gitu?

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home