Apabila
membeli baju. Kita pilih baju yang cantik kerana kita anggap kecantikan baju
tersebut akan singgah di badan kita dan kita kelihatan cantik. Kita tidak memilih baju yang dipakai oleh patung yang memperagakannya. Kita pilih saiz baju yang sesuai dengan kita. Sebenarnya kita
harus bayangkan cantikkah baju itu jika kita memakainya berpadanan dengan bentuk badan dan warna kulit kita. Jika tidak baju yang cantik
tadi tidak berjaya membuatkan kita kelihatan cantik. He he he
“Ukurlah
baju di badan sendiri”
Orang
tua-tua dahulu memang bijak. Mereka tidak perlu masuk universiti, ambil degree,
buat master dan PHD, dan jadi professor untuk meninggalkan hasil kajian. Pemerhatian, dan pengamatan yang tepat yang dihasilkan boleh digunapakai sehingga akhir zaman.
Tanpa menjalankan kajian saintifik dan hanya punyai sumber yang terhad mereka berjaya hasilkan kesimpulan yang pendek tetapi sangat tepat. Hasil kajian mereka tidak boleh disanggah (tidak seperti hasil kajian yang dijalankan oleh seorang professor yang akan sentiasa ada keraguan dan kekecualian) begitulah pepatahnya... Bukan menidakkan
keperluan professor, saya kagum dengan mereka, tetapi juga kagum dengan `orang
tua-tua' atau `orang dulu-dulu'. Worldviewnya menarik sekali.
Hari
ini saya ada membaca satu artikel lama yang menceritakan situasi muflis bagi
rakyat Malasyia. Sebenarnya saya terjumpa artikel tersebut secara tidak sengaja
semasa saya mencari buku simpanan Bank Rakyat. Biasalah bila mahu cari barang
lain, barang lain yang akan kita jumpa. Pelik kan?. Dan kenapa saya tiba-tiba
mencari buku Bank Rakyat tersebut, biarlah rahsia. He he he.
Daripada
artikel tersebut, dinyatakan negara kita mempunyai sejumlah rakyat yang muflis. Mereka
muflis akibat dari dua punca utama iaitu membuat pinjaman peribadi dan pinjaman sewa beli kereta.
Yalah kan,
kita memang terlibat dengan pinjaman peribadi. Pernah di satu seminar yang saya
hadiri, penyeminar tiba-tiba bertanya siapa yang tidak ada membuat pinjaman
peribadi sila angkat tangan. Saya dapati hanya 3 orang sahaja yang angkat
tangan dari seluas-luas dewan tersebut. Pada masa itu saya hadiri seminar
kewangan.
Saya
sering hadir apabila ada seminar kewangan dan bank. Mungkin sebab saya selalu
tak cukup wang kot? He he he.
Selain
pinjaman peribadi, kita juga meminjam untuk miliki kereta. Kereta biasanya
`memakan' sebahagian besar dari pendapatan rakyat Malaysia.
Ayah
saya ada berpesan supaya membuat `bayar muka' yang tinggi supaya bayaran bulanan menjadi. Ini pesanan yang saya sepatutnya ikuti. Ini penting kerana pada setiap bulan
ada bahagian-bahagian lain yang perlu kita bayar selain membayar kereta.
Zaman sekarang isirumah semakin bertabiat membeli kelpelbagaian barangan di pasaran. Banyak barangan baru muncul di pasaran. Keperluan untuk membeli barang yang tidak terduga juga semakin kerap kita lakukan. Begitu juga wang yang kita mesti ada untuk tujuan awasan, iaitu tujuan jika
ada apa-apa keperluan terdesak (keperluan...bukan kehendak, kena faham tu, he
he he). Begitulah perbelanjaan kita.
Apa yang berlaku di pasaran? Pasaran mencipta barang yang kita perlukan. Penjual sentiasa ada `something', dan ada strategi untuk mengorek keluar duit
kita dari dompek. Kadang-kadang tawaran sewa beli kereta sangat menarik. Contohnya tawaran
pembelian kereta tanpa deposit untuk penjawat awam. Tawaran ini tidak salah,
yang salahnya kita tidak mengukur baju di badan sendiri. Tidak membayar deposit
makan bayaran bulanan akan menjadi lebih tinggi. Mampukah kita?
Keghairahan
untuk memiliki kereta akan menyebabkan kita lupa akan kesannya. Terutama kepada belia lepasan pengajian yang baru mula berkerja. Mereka terdorong dan bercitarasa untuk miliki kereta
bergaya. Saya pernah menanyakan pelajar saya di dewan kuliah.
"Siapa mahu pakai kereta tempatan biasa apabila berkerja nanti?"
Hanya beberapa
pelajar sahaja mengangkat tangan menyatakan mereka mahu membeli kereta buatan
Malaysia. Dari seluas dewan kuliah itu hanya beberapa orang menjawab sebegitu. Pun begitu tidaklah pula saya boleh buat rumusan kerana pembelian tersebut mungkin dipengaruhi oleh latarbelakang
keluarga. Mereka mungkin majoriti dari keluarga berada dan dapat bantuan untuk membeli
kereta.
Mengikut artikal yang saya baca ramai penjawat awam yang diistiharkan muflis
adalah dari katogeri akibat gagal membayar balik pinjaman kereta. Agak anih juga
kerana mereka telah layak membuat pinjaman namun kenapa pula gagal membayar setiap
bulan? Adakah kerana tidak berdisiplin atau memang pada mulanya sudah tidak
mampu. SebenarnyagGaji bersih di slip gaji tersebut adakah benar-benar`bersih'? Atau masih lagi
tidak `bersih' ataupun walaupun mereka tidak ada banyak komitmen pinjaman lain tapi mengamalkan gaya hidup mewah. Haaa...
Saya
teringat akan seorang kawan sekampung saya yang beritahu bahawa dia hanya
bayar RM350 sahaja sebulan untuk kereta Myvi dia yang design jenisnya sama dengan saya. Terus saya teringat saya pula bayar RM525 sebulan.
Saya bayar lebih mahal untuk model kereta yang sama.
Katanya
dia bayar deposit yang besar.
“Kalau
bayar deposit yang besar tentu bulanannya akan rendah” Kata kawan saya yang
tidak lulus SPM tersebut tetapi giat mengusahakan kolam ikan. Dua kali ambil
SPM tetapi tetap gagal dengan cemerlang.
“Oooo
begitu” Kata saya seolah saya bertemu dengan satu ilmu baharu, padahal saya
sendiri adalah pensyarah dalam bidang ekonomi. Mungkin sebab pasal kereta, maka saya
tidak peka.
Namun adalah lebih manis kita jadi pendengar yang baik apabila ada orang mahu bercerita.
Janganlah segala-galanya kita yang hendak bercerita dan hendak menang. Segala-galanya kita mahu
bercerita. Dan dalam cerita-cerita yang kita cerita tu, kitalah yang hebat.
Saya tidak mahu saya jadi begini sebab saya sudah ada kawan yang sebegitu. He
he he.
Kawan
saya yang berbau ikan tersebut (sebab selalu duduk di kolam ikan kot) terus
menceritakan kenapa dia bayar banyak deposit. Dia bimbang jika perniagaan dia
tidak berapa maju, maka dengan membuat pembayaran bulanan yang rendah akan membuatkan tetap mampu bayar kereta tersebut.
“Tapi
saya tengok perniagaan awak maju.” Saya memuji dengan ikhlas dan berdata.
“Ya
lah, macam saya cakap tadi. Takut-takut esok lusa kita tidak tahu. Ni dunia
perniagaan.” Katanya kepada saya, seolah dia pula pensyarah manakala saya pelajar. He he he.
Namun
saya tabik dengan pegangan hidupnya. Dia pandai merancang dan ukur baju di badan
sendiri.
"Tidak mahulah bila berniaga untung sedikit terus pakai kereta besar.
Kalau tidak setiap bulan hasil perniagaan digunakan untuk bayar kereta
peribadinya sahaja. Haa. Tentulah ini suatu kesilapan dalam percaturan hidup." Katanya panjang lebar...
Saya
bertambah kagum dengan kawan saya ini. Namanya Supardi .(bukan nama
sebenar sebab di sekolah dulu dia suka bertumbuk. Hampir setiap hari dia
bertumbuk. Kalau tidak dengan kawan sekelas sendiri, dia akan bertumbuk
dengan kelas sebelah. Jadi tidak hairanlah bila tengah belajar dalam kelas
tiba-tiba melayang buku-buku dari meja dia. Saya duga dia akan membesar jadi
ahli gusti, atau penarik kereta rupanya seorang usahawan kolam yang berjaya)
Kembali
ke tajuk cerita. Begitu juga dengan penjawat awam tadi. Kongeres Pekerja-pekerja Penjawat awam (CUEPACS) menyatakan hampir 50% penjawat awam
yang muflis adalah terdiri daripada mereka yang meminjam untuk membeli kereta.
Saya
berpendapat mungkin salah satu punca adalah memilih kereta yang tidak
bersesuaian dengan pendapatan kita. Jika isirumah kita besar tentulah
tanggunggannya lebih besar. Maka peruntukan untuk pembayaran kereta haruslah
dikurangkan.
Jika
kita ini keutamaan adalah suka melancong, mungkin eloklah kita pakai kereta
kecil sahaja. Bukan apa... sebabnya pendapatan kita tidak mengizinkan kita
berumah besar, berkereta besar dan melancong sekaligus.
Dalam
ekonomi ada konsep `kos lepas'. Di mana akibat sumber yang terhad maka kita
wajib memilih, dan apabila kita memilih...adalah sesuatu yang kita kena
lepaskan... Memang kehidupan sebegitu.
No comments:
Post a Comment