Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, February 23, 2016

...suatu yang saya tak pandai...

Saya tidak pandai memulakan perbualan, bukan jenis peramah seperti emak saya. Saya ada pak saudara yang tidak bercakap walaupun dia bukannya bisu. Sumpah ini betul-betul kejadian. Secara semulajadi saya pemalu dan lebih suka duduk sorang diri. He he he. Bila kita duduk sorang diri, kita boleh banyak memerhati. Bila keluarga berkumpul pun, saya jarang bercakap-cakap. Saya lebih suka memerhati.


Yang duduk lending tersebut adalah ayah saya, yang pakai baju merah adalah sepupu saya dan yang duduk menyandar julur kaki adalah abang ipar saya. Saya tidak lama bersama mereka, cuma dalam 5 minit sahaja. Tiada perbualan yang menarik hati saya... He he he.

Ayah saya memang suka bercakap, dia pernah bercakap di hadapan 20,000 orang semasa di Jambori Asia Pasifik di Thailand dulu. Kalau saya mungkin pengsang terus. Ayah saya juga boleh jadi penceramah UMNO. Beliau pernah kerja bawah Biro Penerangan semasa beliau muda dulu.



Sepupu saya juga suka bercakap (rujuk gambar atas), saya asyik juga mendengar ceritanya. Beliau banyak pengalaman sebagai ahli bomba. Banyak cerita yang saya tak boleh letak di dalam blog ini, he he he.



Gambar ini diambil di rumah kakak saya. Jarang sangat dapat berkumpul sebenarnya. tetapi perkara yang paling berharga di dunia ini adalah keluarga. Maka kita mesti berkumpul.


Saya merasa janggal apabila hendak berbual. saya selalu merasakan topik yang saya nak bualkan tidak menarik. Apatah lagi topik yang dibualkan. Kalau saya ada pun, saya hanya mendengar sahaja.

Jan: Namun saya semakin sedar, kita kena luahkan apa yang kita rasa, pendapat kita...sebelum terlambat.

1 comment:

Lan LoloQ said...

abang seorang introvert?

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home