Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, February 19, 2016

My secret garden, dan sebuah harapan


Dalam masa lima tahun lagi pokok-pokok ini membesar gagah, dan bertambah rimbun. Semua pokok yang saya tanam kebanyakannya pokok Brazillion Ironwood dan pokok Gelang Merah (tikus). 

Pokok-pokok ini saya pangkas mengikut citarasa saya. Saya harap sangat mereka tumbuh ikut arahan saya, selain arahan mentari.

Kalau saya menang sijil simpanan premium, saya nak buat rumah bilik kaca yang luas di tengah laman ini. Bilik kaca itu bersambung dengan rumah utama. Jadi kita akan rasa seperti duduk di dalam hutan.

Jadi dapatlah keluarga saya berihat dan menikmati alam seperti kicaun burung. Setakat ini saya sudah mengesan lima specis burung yang hinggap di halaman saya.

Dalam diam-diam saya berharap sangat saya dapat menangi cabutan yang bernilai tinggi (setakat ini saya hanya dapat basikal dan pernah juga dapat duit tunai tetapi tidaklah banyak...)

Seronok dan damai lihat tanam ini. Walaupun tidak setara dengan taman-taman yang lebih indah, saya bersyukur...

2 comments:

aima said...

Menunggu cabutan ssp setiap hujung bulan ....kheee

Mcm dlm rok....terbaik

Jankaulu said...

Semoga aima dpt cabutan istimewa. Amin.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home