Kadang-kadang saya tidak sedari saya jadi kebodohan dan kebangangan. Dan sekemudian lamanya barulah saya menyedarinya. Saya rasa ada juga orang seperti saya.
Sebagai makhluk biasa, saya adakalanya sangat rumit dan sukar. Pada masa tersebut saya tidak menulis. Saya bimbang ia akan memberikan kesan buruk terhadap penulisan saya. Bak kata pepatah China, jangan menulis ketika marah.
Namun ada juga kadang-kala saya terlepas tulis. Banyak sangat yang tidak kena pada pandangan mata saya di sekeliling saya. Tetapi saya diamkan sahaja. Saya bukannya orang yang mahu merubah dunia. Peperangan dalam diri pun jarang saya menangi...
No comments:
Post a Comment