Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, February 5, 2016

Penceraian pempoligami: Berbalas rasa tak puashati di khalayak

Antara bercerai mati atau bercerai hidup dalam sebuah perkahwinan, mak saya beritahu bercerai mati adalah lebih baik kerana bercerai hidup akan timbul perkara-perkara buruk. Tetapi bila bercerai mati hanya kenangan manis dan elok-elok sahaja yang disebut.

Sesiapa yang bernikah tentulah tidak mahu bercerai. Semasa akad nikah mereka mengharapkan agar dapat hidup bersama selamanya... 

Saya rasa terkejut apabila seorang seleberiti tanahair akhirnya bercerai. Bukan sahaja bercerai tetapi berbalas cerita pula. Seleberiti ini ada empat isteri dan penceraian berlaku pada isteri kedua.

Saya tidak mahulah menuduh mana-mana pihak sebab saya tidak tahu apa-apa. Cuma semua orang perlulah faham bahawa berpoligami ini adalah suatu yang sangat sukar. Perkara yang tidak boleh sewenangnya dibanggakan kerana kita tidak tahu cubaan dalaman yang berlaku. Kita nampak manisnya sahaja.

Yang tidak sedap rasa ialah bila mengetahui banyak pulalah kisah di sebaliknya. Si suami bercerita begini dan si isteri (yang diceraikan) bercerita begitu...

Mungkin si isteri rela dalam segala kesusahan dan bertahan jika hanya berdua...tetapi tidak bertiga, berempat atau berlima...

Susah senang kita bersama mungkin senang jika berdua...

Allahualam...


2 comments:

Unknown said...

Haha. No komen sbb pendapat jujur sy la kan, artis malaysia mmg byk yg buat bnda x guna otak. Kalo boleh sume bnda nk disensasikan. Tp masyarakat malaysia puja2 artis smpai x ingat dunia. Ntah apa sumbangan diorang kat negara pun x dpt nk fkir. Tp bila dh jd artis otomatik poyo dan perasan dirinya penting. Hmm..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home