Kalau saya memandu, saya jarang dengar radio. Saya biasanya pasang CD Datuk Sharifah Aini. Tetapi adakalanya bila perjalanan jauh, saya buka juga radio. Saya buka radio untuk mendengar lagu-lagu baru.
Nyaman memandu sambil dengar lagu-lagu...rasa macam kaya jea. Terlupa bayaran kad kredit dan bil-bil bulanan...he he he.
Namun kebanyakan lagu-lagu baru tidak merdu di telinga saya. Mungkin saya lebih serasi dengan lagu 70an dan 80an... dan 90an.
Lagu-lagu baru kebanyakannya seolah-oleh dicipta melepas batuk di tangga. Tidak ada jiwa dan perasaan. Lirik tidak puitis... Merdu tak merdu belakang kira. Penciptaan lagu seolah tiada idea. Pelik betul. Tidak salah tema lagu asyik cinta dan patah hati. Rindu dan seangkatan dengannya...tetapi buatlah biar sedap didengar macam lagu `Doa buat kekasih' ke atau `Fantasia bulan madu' ke... Mereka sudah tidak buat lagu macam ini ke? Atau tak mampu buat?
Lagu tak sedap ini dinyanyikan pula oleh penyanyi jambu/cantik yang suaranya tidak sedap. Harap popular sahaja. Entah apa popular tak tahu. Sepatutnya dengan persaingan teknologi sekarang buatlah lagu yang lebih bermutu...
Akhirnya saya sambar semula CD Datuk Syarifah Aini...
Ermmm....
1 comment:
setuju sgt...i pun selalu ckp kt anak2 yg lagu2 skrg xde soul...mula2 depa xphm...bila srh compare lagu dulu dan skrg...now depa dh phm n blh nilai...
Post a Comment