Zaman dahulu mekanismenya mudah. Emak bapak jaga anak betul-betul dan anak pula mengawal tingkah laku supaya tidak menconteng arang di muka mak bapak. Sekarang sudah lain benar. Tahniah kepada puak yang rasa kita sudah maju.
Saya tidak mahu kupaslah pasal anak-anak yang menconteng arang ke muka ibubapa. Sebab sudah terlalu biasa. Dan sebenarnya anak tak jadi orang tu pun adalah daripada perangai ibubapa sendiri. Rasa nak muntah dah nak ulas...
Namun peristiwa melibatkan anak-anak yang tak berdosa ini menghibakan hati saya. Apabila kanak-kanak mati dalam telaga la, emak terlanggar anak hingga mati la, emak tinggalkan anak sorang kat rumah jatuh mati la, anak lekat kepala di grill la, anak tercucuk mata dengan gerepu la, anak deman sampai mati (demang denggi) tapi tak bawak ke klinik la,,, dan la la la lagi...
Kesiankan, ada tu anak perempuan kecil lagi dah suruh gi pasar malam beli kueh. Tak bimbang ke anak diculik, diperkosa dan diliwat. Sekarang ni ramai yang sakit jiwa dalam masyarakat kita...
Nampaknya kerajaan kena buat kempen `anak kita, kita jaga'. Dan saya akan gelak sebab sampai tahap tu dah kita tersasar...
Sebab kita nak maju. Nak duduk rumah besar...LED besar, kereta besar.
Sekian.
No comments:
Post a Comment