"Ya, kawan baik saya ramai yang tak kawin atau setidaknya duda..." Saya beritahu kawan saya apabila dia tanya saya mengenai komposisi kawan-kawan saya.
Saya tidak bertujuan untuk memilihnya begitu tetapi begitulah yang terjadi. Mungkin sebab utamannya adalah saya tidak berkahwin dan ada banyak masa. Dan kawan lelaki saya yang tidak kawin atau duda juga ada banyak masa.
Masa untuk berkawan dan bersahabat.
Saya juga ada banyak kawan baik perempuan yang tidak berkahwin dan janda. Kami ada banyak masa.
Tidak perlulah ianya menjadi aneh atau menjadi isu.
Kebanyakan kawan-kawan duda saya tidak seperti kawan-kawan janda saya, kawan-kawan duda saya kebanyakannya kawin semula. Mungkin lelaki lebih perlukan perempuan berbanding dengan perempuan perlukan lelaki.
Atau mungkin perempuan lebih serik.
Ah, saya tak tahu sebab mungkin-mungkin itu mungkin salah.
Manusia ada yang sama, ada yang berbeza...
No comments:
Post a Comment