ASB ada kurangnya dan ada lebihnya. Ia dibentuk untuk pembangunan kewangan Bumiputra. Sama ada Bumiputra tersebut menganggap ini peluang atau sebaliknya, ianya terpulanglah kepada individu. Saham ini bukan paksaan. Tiada paksaan untuk berASB, tiada ugutan kerana tiada paksaan.
Namun ramai yang pandai memberi pandangan terhadap skim ini. Konsep bumiputra sendiri pun tidak difahami tetapi bila bercakap pasal ASB, lebat mengutuk. Itulah yang mendukacitakan saya. Kawan saya yang seorang ini kalau kerajaan buat semua tidak kena.
ASB bukanlah pelaburan terbaik dalan menjana keuntungan tahunan yang tinggi, namun berpadananlah dengan risikonya yang minima. Mungkin paling minima di pasaran dengan pulangan yang mungkin paling logik (dalam situasi ekonomi sekarang). Maksud saya bukannya keuntungan yang tinggi.
Saya rasa sepatutnya manusia ini (yang tidak mahu berisiko tinggi tetapi ambil skim ASB) bersyukur kerana tetap ada rezeki. Selain bersyukur patut juga berterima kasih terhadap pihak yang menguruskan (membuka peluang ASB) kerana ianya telah diuruskan dengan selamat walaupun pulangannya tidak seperti yang dikehendaki.
Dan kalau pulangan itu sangat sedikit, keluarkanlah ianya dari ASB. Kalau kita rasa ASB itu bodoh, keluarkanlah duit kita. Kita lihat bila awal tahun apabila orang dapat dividen, kita dapat apa?. He he he. Kalau kita dapat pulangan lebih tinggi, cananglah.
Kita tidak ada risiko pelaburan. Setakat ini tidak pernah rugi. Kita labur dan peram. Dan kita duduk saja sambil setiap hari kita berak...makan dan tidor.
Kawan saya ini marah kerana pulangan dividen ini menurun. Marahnya membuak sehingga dia keluarkan banyak teori yang membawa kepada penurunan tersebut. Saya hanya mendengar sahaja keluhan dan kemarahan tersebut. Baiklah saya tidak berkata apa-apa kerana saya percaya itu tindakan terbaik. Bila dia reda sedikit barulah saya berkata sesuatu.
Saya memberi `cadangan' kepada kawan saya kalau dia marah sangat melaburlah dalam saham yang dia percaya. Atau keluarkan duit tersebut dan uruskan sendiri wang tersebut. Dan haaaa....awal tahun 2017 nanti lihat berapa pulangannya... Saya berkata manis dan lemah lembut walaupun sebenarnya saya nak `tikam' minda dia. Saya tidak maru dia berterusan bermaki-maki, menyalahkan orang lain.
Dia terdiam...
Sekali lagi ASB adalah jenis saham yang tidaklah sangat meng`untung'kan. Ibarat menyimpan wang dengan selamat dan dapat sedikit dividen pada akhir tahun. Namun perkataan `untung' dan sedikit tersebut amat subjektif kerana bagi orang tertentu RM10 besar nilainya, untungnya. He he he.
Dan mungkin kita boleh buka saham kita sendiri...
No comments:
Post a Comment