"Tidak logik anak perempuan boleh hilang..." Tiba-tiba kawan saya yang ahli surau muncul. Pada masa tu saya sedang angkat kain depan rumah saya. Pada masa tu saya pakai seluar pendek. Saya duduk di kerusi dan letak kedua tapak tangan saya ke lutut saya untuk tutup aurat. Hipokrit saya.
Sempat kami bincang isu pasal anak perempuan yang hilang...(anak dara)...
Sempat kami bincang isu pasal anak perempuan yang hilang...(anak dara)...
Kata kawan saya maksud tidak logik tersebut berlaku kalau kita emak bapa tahu tanggungjawab mereka sebenar-benarnya. Bukan pandai kawin sahaja.
Saya senyap dan buat-buat angguk dan tidak membantah. Saya kena tunggu rentak percakapan dia dulu. Nanti saya pula dituduh senang cakap sebab tak ada anak. Kes ini biasa berlaku..(kes orang ada anak tak reti jaga anak dan orang tak ada anak konon reti jaga anak, he he he)
Saya senyap dan buat-buat angguk dan tidak membantah. Saya kena tunggu rentak percakapan dia dulu. Nanti saya pula dituduh senang cakap sebab tak ada anak. Kes ini biasa berlaku..(kes orang ada anak tak reti jaga anak dan orang tak ada anak konon reti jaga anak, he he he)
"Ibubapa kena tahu pelihara anak perempuan lebih susah daripada memelihara kerbau sekandang." Kata kawan saya. Dia bandingkan pelihara anak perempuan dengan pelihara kerbau... Saya setuju. Kalau anak kerbau, ayah juga kerbau. Saya lagi setuju (hu hu hu).
Sebenarnya masyarakat Melayu lama sudah kaya dengan bidalan dan pepatah-petatih untuk mengawal masyarakat. Cuma masyarakat `Melayu baru' sahaja yang buta hati perut walaupun dah banyak belajar bertingkat-tingkat. Mereka takut nak luahkan kebenaran takut anak-anak mereka dua kali lima sahaja. Walaupun sebenarnya mereka kena yakin bila jaga nak-anak dengan elok, anak-anak mereka akan elok. Tapi mereka takut sebab mereka ada anak.
"Anak perempuan harus dikawal, tanamkan sifat malu sebagai perisai. Bila dah tak malu boleh hilang benda bawah kangkang..." Kata kawan saya.
"Anak perempuan harus dikawal, tanamkan sifat malu sebagai perisai. Bila dah tak malu boleh hilang benda bawah kangkang..." Kata kawan saya.
Saya terkejut juga sebab pemilihan perkataan `kangkang' itu mengingatkan saya filem `Isteri, perempuan dan ..... Saya teringan Sofia Jane berkembang". Namun saya tidaklah lancang berkata-kata. Nanti saya yang tak ada anak ini akan dipandang serong....
"Kita ayah kena jaga, adik beradik lelaki juga kena jaga adik beradik perempuan, begitu juga dengan pak saudara kena jaga anak-anak saudara perempuan. Nanti semua terheret ke neraka sebab orang perempuan boleh heret ayah, adik lelaki dan pak saudara lelaki mereka ke neraka. Panjang lebar dia beri syarahan perdananya kepada saya.
Saya tenung khusuk sambil lihat celak hitam di matanya. Kulitnya agak kasar. Mungkin dia tak guna eversoft. Atau tak guna kapas untuk tonerkan kulit muka. Kalau putih ok sikit penampilannya. Tapi mungkin tak sempat rapikan diri sebab sibuk cari pahala. Namun janggutnya kemas. Rapi. - Sempat saya buat analisis singkat, he he he.
"Anak-anak perempuan taklah boleh bebas bergaul sesama bukan muhkrim pergi sana-sini. Ini menimbulkan fitnah" Dia tambah lagi.
Saya tabik pada dia sebab dia ada empat anak perempuan, dan dia beritahu syarahan itu juga kepada dirinya juga sebagai peringatan. "Bila kita sebut, kita akan ingatlah untuk diri kita..." Katanya.
Saya dengar sahaja `syarahan' percuma tersebut yang saya fikir walaupun agak kolot tapi ada benarnya...ada unsur agama.
Kemudiannya saya minta diri sekejap nak masuk rumah saya. Dia menunggu saya di serambi rumah.
Tiga minit kemudian saya keluar dengan seluar panjang. He he he.
No comments:
Post a Comment