Salam buat Z,
Semoga berada di dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga dan insan tersayang. Semoga dilindungiNya selalu. Saya di sini alhamdulilah sihat dan masih berada dalam semangat tahun baru. Mungkin bulan dua nanti hilanglah semangat itu. He he.
Di Malaysia ini macam biasalah, musim hujan melanda. Saya tidak boleh berkebun dengan baik. Saya panaskan badan derngan kerja yang mengalir tidak henti-henti.
Kad ucapan 2015 telah selamat saya terima semalam (5 Jan 2016). Sahabat saya Adnan yang memaklumkan ada surat bersampul kuning di pigeon hole saya, di pejabat. Katanya warkah dari luar negara.
Tiada ada kata secantik bahasa untuk mengambarkan perasaan saya semoga Z sentiasa gembira dan dilindungi tuhan selalu. Saya hargai semuanya, segalanya sehingga saya putus kata untuk menggambarkannya.
Saya membaca dan menyimpan setiap surat dan kad yang saya terima dari pembaca blog saya. Saya hargainya. Cuma saya tidak pernah berani untuk menjalinkan sebarang hubungan yang rapat. Kekurangan itu adalah di pihak saya.
Saya juga menyimpan wang yang dikirimkan tersebut dan maaf kerana tidak dapat menunaikan hajat tersebut. Tidak pernah saya menerima wang secara tiba-tiba dan sebanyak itu dalam hidup saya. Saya tidak tahu bagaimana dan apa yang saya harus buat pada wang tersebut tetapi saya menyimpannya seperti hadiah-hadiah lain yang saya terima dari pembaca blog saya.
Saya sentiasa menulis, setiap hari saya menulis. Cuma sejak kebelakangan ini banyak tulisan yang saya buat adalah untuk diri saya sendiri dan tidak postkannya dalam blog. Saya mahu kurangkan tanggapan pembaca yang saya ini hidup tapi mati...he he he. Tetapi hakikatnya saya begitulah.
Akhir kata saya juga ingin mengucapkan selamat tahun baru semoga 2016 ini memberi kekuatan menempuh hidup yang berwarna warni ini, dan semoga Z sihat selalu. Amin.
Yang benar,
Abang Jan
No comments:
Post a Comment