Lagu ini bertajuk `Jangan ada dusta di antara kita', nyanyian Broery Marantika dan Dewi Yull. Mereka penyanyi Indonesia yang bagus. Mereka ada banyak lagu yang bagus. Beginilah hasilnya jika kita berkarya dengan jujur dan ikhlas.
Saya suka suara Broery. Ayah saya peminat dia. semasa kecil dulu apabila ayah beli album, saya selalu tumpang dengar. Menilai suara dan lagu...Lama-lama saya minat. Begitu jugalah saya `jumpa' Kak Pah, Rosmaria dan Allycats.
Sekarang saya tidak dalam bercinta tetapi tetap minat lagu cinta. Kata hati saya, apa erti cinta jika ada dusta, apa erti rindu jika tiada setia...?
Saya harap cinta yang dibina atas kehancuran hidup orang lain tidak akan tumbuh subur dan kekal. Amin... Bisakah cinta itu tumbuh di atas airmata orang?
Layan...
No comments:
Post a Comment