Kalau anda dipanggil menghadiri mock teaching, jangan terlalu panik. Saya pernah duduk di kerusi panel dan melihat calon datang seorang demi seorang untuk menunjukkan kebolehan mengajar. Ada yang ilmunya hebat, tetapi agak sukar menyampaikannya. Ada pula yang ilmunya biasa-biasa sahaja, tetapi sebaik sahaja mula bercakap, kita dapat rasakan bahawa dia memang seorang guru.
Jadi saya kongsikan beberapa perkara berdasarkan apa yang pernah saya lihat dan alami sendiri. Ini bukan panduan rasmi mana-mana universiti. Anggap sahaja sebagai catatan seorang yang pernah berada di sebelah panel penilai. Kalau bermanfaat, ambillah. Kalau tak berapa kena, jangan marah saya pula. He he.
Hari ini saya sekali lagi bergegas ke Bangunan Wisma Pentadbiran universiti. Dekan memilih saya untuk menjadi salah seorang panel bagi sesi mock teaching beberapa calon yang sedang ditemuduga untuk jawatan pensyarah.
Sampai sahaja, saya terus mencapai kot.
Entah kenapa, setiap kali hendak pergi perkara rasmi, pakai kot terus rasa macam orang penting gituew. 😂
Pengalaman menjadi panel bukanlah perkara baharu bagi saya. Ketika mengajar di Kolej Shahputra Pekan dahulu, yang kini sudah menjadi kolej universiti, saya juga pernah terlibat dalam sesi temu duga calon pensyarah.
Setiap kali diberi tanggungjawab seperti ini, saya cuba mengingatkan diri sendiri supaya menjalankannya seamanah dan seadil mungkin. Ini bukan sekadar memilih siapa yang pandai bercakap atau siapa yang nampak paling yakin.
Di sebalik setiap calon itu ada usaha, harapan dan rezeki yang sedang mereka perjuangkan.
Sebab itulah saya cuba menilai sebaik mungkin. Mereka datang membawa harapan untuk mendapatkan pekerjaan, dan kita pula diberi amanah untuk menilai mereka.
Jadi, jangan pandang ringan sesi mock teaching. Panel bukan sekadar melihat apa yang anda ajar, tetapi juga bagaimana anda mengajar.
Jan: Selamat menjalani Mock teaching

7 comments:
Salam,saya nak tanya,kalau fresh graduate utk master yg takda experience boleh ke apply
Boleh, insyallah ada rezeki jika result cun.
Perlu slide ke? Xde whiteboard utk tulis ke?
saya pernah bawa pen drive tapi mereka nak saya guna whiteboard...
Dia beri tajuk inflation, dia minta saya terus bentang tajuk yg dia beri segera...he he he..
terpinga saya
kadang-kadang tak boleh jangka...
Salam..insyaallah, sy akn interview pd mggu dpn utk jwtn pensyarah di fakulti pendidikan..sy di beritahu ada mock teaching tnpa prlu bw laptop or powerpoint..sln sy..adakh perlu sy bw buku sbgi bhn mengjr nnt atau xperlu bw apa2.. Mksd sy hanya present sj tanpa apa.
Salam..insyaallah, sy akn interview pd mggu dpn utk jwtn pensyarah di fakulti pendidikan..sy di beritahu ada mock teaching tnpa prlu bw laptop or powerpoint..sln sy..adakh perlu sy bw buku sbgi bhn mengjr nnt atau xperlu bw apa2.. Mksd sy hanya present sj tanpa apa.
Post a Comment