Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, June 7, 2013

Proses penuaan, senaman dan ironinya kita


Saya dapati ciri-ciri ketuaan saya semakin ketara. Dengan umur 43, bentuk badan saya semakin membulat dan gelebeh. Perut sudah memboroi. Tali pinggan yang saya pakai sudah terletak di bawah perut sehinggakan tidak nampak kepala talipinggan tersebut. Ukur lilit pinggan saya 38 inci. Mengikut Majalah Rapi ukurlilit lelaki tidak boleh lebih dari 40 dan perempuan 32.

Bentuk punggung saya juga (yang gemilang dan diperkatakan rakan sekelas suatu masa dahulu) semakin lepeh. Bila duduk di kerusi rasa tidak berspam sudah. Lepeh jea...
   
Saya dapati bukan sahaja janggut saya beruban, tetapi misai juga sudah beruban. Kalau nak tahu saya ada lapan misai yang beruban. Dan akhirnya saya juga dapati ada uban di bahagian tepi rambut kepala saya!. Saya suka warna putih tetapi tidak pada rambut.

Kalau kita teliti, proses pengusiaan ini bukan sahaja berlaku secara fizikal luaran. Yang lebih bahaya ialah ketuaan yang berlaku secara dalaman. Ketuaan membuatkan otot-otok kita mengecut dan tidak anjal. Otot yang mengepang jantung kita juga sudah tidak cekap. Kadar motabolisma kita juga semakan perlahan, maknanya badan kita sudah tidak girang mana menukar makanan yang kita makan untuk menjadi tenaga. 

Saya dah mula lengoh bila memanjat tangga bangunan pejabat. Bila saya balik kampong dan ke pantai Bukit Keluang. Saya dapati pantai semakin jauh dan luas, namun hakikatnya saya sudah lenguh untuk berlari anak ke gigi pantai. Huh!

Ketuaan menyebabkan kita akan obesity, kolestrol tinggi, tulang kita juga haus dan juga mereput. Dan yang dramatiknya bila sudah obesity senanglah kita menempah tiket untuk mendapat penyakit hati, darah tinggi, malah kanser. Dan sebut pasal darah tinggi, WHO melaporkan 62% yang mengalami strok adalah berpunca dari darah tinggi! Haaa.

Maknanya tua akan menjemput darah tinggi, darah tinggi akan menjemput stroke dan stroke akan menjemput ...eee selisih mailakat 44.

Kalau boleh saya mahu mati tua, tapi bukannya mati akibat penyakit. Semua orang akan mati namun saya rasa jarang sangat orang Malaysia mati kerana tua, kebanyakannya mati kerana penyakit. Dan sudah tentu tua tidak semestiunya berpenyakit.

Melalui proses ketuaan dengan sihat bukanlah suatu yang mustahil kan? Kita kena lakukan sesuatu. Saya rasa kita patut mencuba. Saya rasa pembaca blog saya juga patut percaya apa yang saya percaya (tetapi saya tak paksa, he he).

Melalui pembacaan bahan kesihatan saya selalu bertemu dengan satu perkataan yang senang disebut tapi payah dilakukan. Ia adalah senaman. Dengan bersenaman secara berkadar tetap dan berpanjangan akan memaksa otot-otok kita berhubung antara satu sama lain dengan giat. Badan dapat lebih bertindakbalas dengan proten, mungkin memulakan tisu badan yang baru, malah ia dapat menghindari daripada lebih banyak kehilangan otot-otot badan. Peredaran darah menjadi lancar.

Brat Pitt tetap melangsungkan ketampanannya walaupun sudah 50

Dan saya percaya walaupun kita rasa sudah terlewat untuk bersenam, sebenarnya tidak terlewat. Tidak ada istilah lewat demi kesihatan. Katalah umur 40 baru mengada nak bersenam, didapayi oleh penyelidik kesan senaman tersebut tetap akan  membuahkan hasil. Pernah beberapa minggu saya berjalan pantas bersama rakan sekerja bernama Nora mengelilingi tasik... hasilnya saya rasa badan ringan dan tidor lena…(tetapi mimpi tetap ngeri, heheh. Tapi tu lain cerita kan?).

Orang kita kalau lepas sembahyang selalu berdoa supaya panjang umur dan sihat tubuh badan. Tetapi hakikatnya kita tak bersenam pun, tambah lagi dengan nafsu makan seolah dah lapan tahun kebulur. Terkabulkanh doa kita setakat hembus tapi tak usaha ubah nasib? Haaa… tuhan ubahkan nasib kita kalau kita sendiri tak berubah?

Dan kita terus berdoa supaya sihat tubuh badan dan panjang umur. Kita terus berdoa, terus berdoa…terus berdoa...


Jan; ironi kan, he he he

2 comments:

kak anum said...

2nd last para tu kena btg hidung...doa je tp tk usaha/senaman..malas yg lebih..

Jankaulu said...

kak anum, sama la sebenarnya. saya ni kalau mari bersemangat baru bersenam, he he he.

tapi saya cuba jugak jaga makan sebab ada darah tinggi.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home