Walaupun saya berada di institusi pengajian tinggi (yang kononnya di kelilingi ramai bijak pandai) namun ada jugak yang saya rasa bodoh sangat. Bukan sahaja bodoh tapi tak peka. Tapi tak pekak.
Kata kawan saya yang bekerja di sebuah kolej universiti, orang bodoh ni ada di mana-mana. Saya terus setuju. Setuju bukan kerana dia beritahu tetapi setuju dengan melihat peristiwa yang telah berlaku pada diri saya.
Peristiwa tersebut malaslah saya nak terangkan sebab peristiwa bodoh. Namun saya dapat satu pengajaran di mana kalau soalan bodoh, jawapan bodohlah patut diberi. Biar terdiam gitu.
Mungkin orang Melayu begitu kot? Maksud saya ramai yang bodoh walaupun berjawatan tinggi dan berpelajaran. Bukan saya sesedap cakap mereka ini kadang-kadang bodoh mengalahkan orang yang tak ada pelajaran, kambing dan pendedahan kehidupan.
Saya berpendapat soal jodoh, ajal maut dan rezeki tidak payahlah dipersoalkan. Tak payahlah buat aksi yang kita ni sempurna sangat. Kita yang ada bini ni mungkin tak tahu yang beg bini kita pakai yang mahal tu sebenarnya `teman lelaki' FB bini kita yang hadiahkan (tapi saya tahu, he he he). Dan kita tak payahlah bangga sangat kat suami kita sebab kita tak tahu apa yang berlaku pada suaminya pada pesta buku antarabangsa lalu di sebuah hotel. (tapi saya tahu, he he he).
Dan kita tak nampak yang anak-anak kita tu dah nak jadi bohsia...
Jan: (tapi saya nampak...he he he)
2 comments:
pedas!!!!!!!!!!!!!!!
kahkahkah..lawak...tapi itulah realiti hidup ni en.sukiman.Kita tahu semua perkara tentang dia..tapi kita tak gamak nak balas balik kejahatan yang dia dah buat dan bagi kat kita.
ya memang...
Post a Comment