" Saya lebih mengutamakan keluarga saya daripada kerjaya saya..." Ungkapan tersebut selalu kita dengar. Lancar jea mereka hembus walhal pukul 7 petang mereka masih lagi terpacak di tempat kerja.
XXXXXX------XXXXX
Minggu lepas, hampir seminggu saya bercuti. Saya telah mengambil cuti sebanyak enam hari khas untuk bersama keluarga saya. Khas cuti tersebut untuk ayah dan ibu, adik beradik dan anak-anak saudara saya. Bila berkumpul seronok. Keluargalah harta yang tidak ternilai. Semakin saya berusia semakin saya memahami. terima kasih kepada usia (buat pertama kali saya berterima kasih kepada musuh saya, he he he).
Kami berkumpul bersama keluarga di rumah saya, di Kuantan. Kami tidak ke mana-mana. Kami duduk-duduk lepak, makan-makan dan bermain sahaja. Namun ada juga la saya menemani anak-anak saudara membeli belah.

Saya perlu masa bersama ayah dan ibu, bertanya khabar adik beradik dan bermain dengan anak-anak saudara. Betul lah kata orang masa itu emas.
Apabila saya bercuti, rupa-rupanya otak saya tidak bercuti dari mengingatkan urusan kerja seharian. Saya masih lagi teringat kerja-kerja yang harus dibereskan. Mengapa saya tidak bercuti hanya apabila semua kerja saya dibereskan? Jawapan tutorialnya ialah jika saya menunggu kerja selesai alamatnya tidak bercutilah saya sepanjang hidup. Kerja datang bertalu-talu, tetap dan berkesinambungan. Sampai mati tidak akan habis.
Ternyata saya tidak dapat memaksimakan kenikmatan bercuti saya bersama keluarga kerana saya asyik memikirkan kerja yang tersusuan, yang sedang menunggu saya. He he he. Dan saya rasa apa yang saya alami adalah suatu yang tidak sihat. saya sepatutnya menikmati cuti.
Saya hampir tidak mempunyai kehidupan kerana kerjaya saya `memakan' banyak masa saya. saya bahagikan masa kepada tiga kelompok besar:
1.Masa untuk keluarga,
2.Masa untuk diri sendiri dan,
3.Masa untuk bekerja.
Saya berpendapat tiga masa tersebut perlu seimbang. Namun kini saya dapati saya semakin taksud dengan kerja saya sehingga lupa akan keluarga dan diri saya.
Kini saya hanya memakai sejenis sabun sahaja bila mandi. Dulu sabun muka lain, sabun basuh berak lain, sabun badan lain, dan sabun perut pun lain sebab saya beli yang jenis menggerutu yang kononnya boleh nipiskan selulit perut. Haaa..

Saya ada juga bertanya kepada kawan-kawan saya mengenai pengalaman mereka. Mereka beritahu mereka juga mengalami perasaan seperti saya. Sehingga waktu percutian anak-anak mereka selalu kena marah sebab dia rasa terganggu bila mengingati kerja yang akan menunggui.
"Tunggulah kerja selesai dulu, barulah ambil cuti..." Kita tentu faham `kata-kata' organisasi tempat kita bekerja. Wal hal kerja tidak akan habis atau selesai. Dalam kita mengira KPI kita tidak sedar kita mengabaikan tanggungjawab kita terhadap anak bini/laki kita.
"Berkorbanlah sikit hal keluarga, kita ada kerja yang perlu dibereskan". Mungkin kita pernah dengar ungkapan ini dari majikan kita.
Namun, apabila kita terlantar sakit siapa yang menjaga kita, menjenguk kita untuk memberi semangat? Organisasi? Ketua kita?
Ketua kita mungkin hanya akan datang menjenguk sekali sahaja di wad. Itupun kira lawatan rasmi...
Haaa... akhirnya yang jaga kita adalah keluarga kita.
Haaa... akhirnya yang jaga kita adalah keluarga kita.
Jan: Haaa....
2 comments:
ya.. kerja sampai bila pun tak habis..
he he he, memang Nong
Post a Comment