Alhamdulilah, pokok teh pagar yang saya semai terus galak membiak sebaik sahaja saya tanam di atas tanah. Seperti itik bertemu air, ia membiak dengan cepat. Sebenarnya saya bubuh dua jenis baja yang ayah saya beri. Entah baja apa, kot-kot baja kelapa sawit ayah saya kot?
Saya membuat pagar dengan pokok-pokok ini agar tidaklah nampak sangat aktiviti jiran belakang rumah saya. Dan juga menutup pandangan belakang rumah orang lain yang ada periuk belanga dabn baldi sekali..
Kalau tidak silap kontraktor ada beritahu panjang belakang rumah saya lebih dari 100kaki, ia melibatkan RM9K jika saya mahu tutup di bahagian belakang tersebut.
Buat masa ni, jual diri pun tak akan dapat kumpul duit sebanyak tu, saya bukannya muda lagi he he he. Gurau jea. Jadi saya tanamlah pokok-pokok ini. Di belakang pokok pagar ini saya tanam pokok entah apa nama dia sebagai teduhan besar kepada pokok pagar.
Saya letak tali supaya pokok tak tumbuh lebih dari apa yang saya nak, saya harap mereka faham. Kalau mereka tumbuh lebih-lebih saya akan gunting. Saya berhajat nak tinggikan pagar ni setakat pinggan saya sahaja. Ini kerana bimbang ia akan jatuh atau roboh jika tinggi.maksud saya tumbang.
Selain itu saya juga ada tanam pokok kemboja agar taklah nampak sangat belakang rumah jiran saya ini. saya berharap sangat suatu hari nanti akan ada duit sebanyak RM15k untuk dibuat pagar.
Jan: Semoga pokok ini jadi pagar.
6 comments:
hijau cantik.. sedap mata memandang
nak anak pokok pisang en.sukiman pun tak pernah dapat..hurm..
kulihat hijau Nong,
Sarah amanda, datang jea bawak cangkul sekali, hehehe
Slm.maaf bertya.pokok teh tu tanam pakai batang dia ke...
itu bukan pokok teh
nama pokok itu adalah pokok kelat
ya pakai batang dia jea...
Post a Comment