KALAU di sesebuah organisasi 80% lebih terdiri daripada kaum wanita, saya kira moleklah dibuat jadual mengandung. Supaya organisasi terurus dan tiada orang yang teraniaya. Tiada orang bermaki hamung.
Jangan kata saya sesedap cakap sahaja, kalau isu tidak penting, saya tidak menulisnya. Kebanjiran wanita sudah merata. Kawan saya kata sudah 1:12. Nisbah ini akan terus meningkat, dan kata kawan saya pada akhir nak kiamat nanti nisbahnya jadi 1:50, haaa....
Sekarang ni pun jumlah bilangan lelaki dalam kelas saya jauh lebih kecil berbanding wanita. Dan kkuantitinya di sesetengah universiti telah mencapai lebih 70%. Di sektor kerja pun gitu, ramai sudah kaum perempuan bekerja. Tidak seperti nenek moyang kita dulu yang hanya rata-rata kerja, masak, jaga anak, lipat kain, bersetubuh, masak, jaga anak, lipat kain, bersetubuh...dan begitulah seterusnya.
Oleh kerana natijah kejadian wanita adalah beranak, maka eloklah difikirkan satu keadah atau mekanisma untuk menangani masalah pengantian agar ada kesinambungan kerja organisasi terurus dan tidak akan ada kakitangan teraniaya (yang mereka nanti menyumpah seranah dalam hati).
Jan: Kalau tiap-tiap tahun nak beranak? Haaa. Kena undi?
6 comments:
mujur opis saya sikit pempuan.. staff lelaki lebih ramai.. 1/3 je pempuan, jadi x payah bergilir nak mengandung kah..kah..kah...
he he he.
Tapi Nong dalam bidang pendidikan ramai perempuan...
Suka dgn entri kali ini...situasi sama yang turut dialami di sekolah saya. Lebih parah jika guru cuti bersalin 3 bulan..siapa nak ajar pljr yg nak exam?
memang...bukan nak berkira tapi kenalah berkira...
eh..tapi yang tak mengandung tapi cuti memanjang pun boleh bermaki hamung jugak en. sukiman oi...hahahahahhaah
Ya sarah. ada yang macam tu... tapi tak apalah asal jgn ada org kena ganti tugas dia, sudah.
Post a Comment