Sekadar hiasan |
Sekadar hiasan juga. |
Saya pernah jadi hipokrit tegar dengan mengatakan kawan saya nampak `sihat'. Walhalnya bukan nampak tetapi memang dah sah selebar pintu. Saya guna perkataan `sihat' bukannya `gemuk'. Kalau guna perkataan `gemuk' pastilah dia marah. Saya kenal benar dia.
"Badan naik sikit' kata kawan saya, sambil menghenjutkan sikit badannya (mungkin untuk biar nampak kecil sikit). Kawan saya menggunakan perkataan `naik sikit' bukannya gemuk sikit...(walaupun saya sudah lihat dia berdagu dua).
Saya perati atas bawah penampilan dia. Macam tak percaya, tak sopan kalau renung isteri orang begitu. Tetapi itulah saya... He he he.
"Bini aku macam model Man...!" Saya teringat kata-kata kawan saya dulu bila saya tanya cantik tak bakal bini dia dulu.
"Laki aku tak kisah aku gemuk ke, kurus ke" Pengakuan kawan saya lepas nampak saya terkejut tengok dia.
"Yalah kalau laki dah tak kisah tu, faham-faham sajalah. Orang dah tak kisah, he he he". Jahat saya kan? Memang.
Kita kena tahu suami kita memang la tak cakap dan tak komplin tetapi mereka tu belakang kita terkeluar bijik mata bila pandang perempuan lain yang slim giler macam Rozita Che Wan. Haaa. Orang lelaki ni tak banyak cakap sebab dia dah buat kesimpulan dalam kepala. Kesimpulan yang kita ni jenis tak jaga penampilan diri. Dan tak pandai berhias dan segalanya...
Akhirnya? Akhirnya kita mungkin meraung hujan, dalam kedukaan, dalam kegemukan...(bila terima berita skandal suami dengan seseorang yang tentunya lebih kurus daripada kita). He he he.
Dan ingatlah yang kita kena bersenam bukan sahaja untuk sihat dan tak gemuk tetapi juga untuk suami kita khasnya! Untuk rumahtangga kita amnya.
"Memang dasar lelaki! Huh!" Kata kita...
Jan: Pulak dah!
Dan ingatlah yang kita kena bersenam bukan sahaja untuk sihat dan tak gemuk tetapi juga untuk suami kita khasnya! Untuk rumahtangga kita amnya.
"Memang dasar lelaki! Huh!" Kata kita...
Jan: Pulak dah!
No comments:
Post a Comment