Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, July 17, 2012

Warna-warni tudung Sharifah Aini.

Suatu waktu dahulu saya pernah terfikir yang Datok Sharifah Aini akan kelihatan lebih cantik jika bertudung. Namun yang lebih penting bukannya kecantikan tetapi keikhlasan tujuan bertudung. Untuk rekod, saya dan ribuan peminat lain pernah berharap suatu hari nanti penyanyi kesayangan saya ini bertudung. 

Kini Kak Pah sudah bertudung, saya percaya pemakaian tudung tersebut timbul dari kekuatan hati Kak Pah untuk berubah kepada yang lebih baik dalam menuruti tuntutan agama.




Dan saya amat gembira apabila buat pertama kali melihat Kak Pah memakai tudung pada suatu sidang media bersama Allahyarham Datuk Ahmad Jais (selain pernah juga melihat Kak Pah bertudung di majlis-majlis agama).

Pada masa tersebut di dalam internet ada juga yang menulis pemakain tersebut (semasa beliau bergambar dengan Datuk Ahmad jais|) adalah kerana beliau sakit gigi. 


Malah di dalam sebuah blog, Kak Pah dihina/dikritik kerana mempersendakan agama. Apa artis tak boleh pakai tudung ke?


Di sini saya perturunkan beberapa keping gambar yang saya cilok dari internate. Saya perhatikan Kak Pah berani mencuba pelbagai warna. Semua warna sesuai untuk dia.


Kata kawan saya pemilihan warna penting sebab nanti tersalah warna kulit muka akan jadi gelap/gerhana. kalau tersalah fesyen jadi macam angkasawan. Entahlah saya tidak tahu, saya free hair.


Bagi sesetengah orang, mengambil keputusan untuk bertudung bukanlah senang. Seorang kawan saya beritahu sebelum dia mengambil keputusan untuk bertudung dia minta keizinan daripada suaminya. Suaminya jawab `Alhamdulilah'.


Saya perhatikan, berbeza dengan tahun 70an dan 80an, sudah banyak kedai yang khas dibuka untuk menjual tudung. Saya pernah mengikuti emak dan kakak saya ke kedai tudung. Sebagai seorang guru, pemilihan tudung oleh kakak saya agak simple sifatnya. Ya lah kan, tak kan nak gi mengajar pakai tudung mengalahkan angkasawan negara. Haaa...







Saya menulis pasal tudung Kak Pah ini kerana saya tengok Kak Pah bertambah ayu jika bertudung. Saya juga pernah melihat Datuk Siti Nurhaliza, dan Datuk Sheila Majid bertudung. Nampak ayu sangat. 


Tudung Kau Tinggi di Awan Biru



Tudung merisik khabar



Tudung Anugarah Juara lagu


Kak Pah nampak cantik dengan tudung yang disendondongkan dengan baju. Kesimpulannya orang yang cantik kalau kita letak bakul sampah atas kepala pun nampak cantik, he he he. Yang tidak cantik pula janganlah berkecil hati. Kita boleh cantikan lagi diri dengan memakai tudung yang bersesuaian kerana sekarang kedai tudung berlambak. banyak pilihan.

Jan: Ada kawan saya 24 jam bertudung kecuali majlis dinner di hotel 5 bintang, ada sorang lagi tu hanya bertudung di dalam negara, he he he.

3 comments:

ashamami said...

Alahamdulillah sekarang mmg makin ramai artis yang bertudung...memang betul...keikhlasan tetap akan terpancar dari wajah jika di lakukan kerana Allah.

Adie Achim said...

Saya pun free hair juga. Langsung tak terfikir untuk bertudung. Boleh ?

Rina Rahamat said...

letak bakul sampah?? hahah

yalah kalau org cantik pakai apa pon cantikk kan

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home