Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, July 23, 2012

Perihal telefon bimbit dan anak kita!


Saya sangat bersetuju para pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Bukan sahaja ke sekolah, kalau boleh wajibkan/haruskan membawanya ke mana-mana sahaja mereka pergi, hatta ke tandas. Sama ada ke pasar malam, pasar siang, pasar minggu, ataupun ke kelas tambahan silalah bawa.

Kajian menunjukan 52% masyarakat mengakui kegusaran atau keresahan di hati mereka akan ketidakselamatan di luar rumah. Haaa... Mereka merasakan tidak selamat. Jenayah ada di sana-sini. Cuba baca Harian Metro.

Teknologi yang dimiliki haruslah digunakan dengan bijak sana. Bukannya kita wujud sebagai entiti masyarakat yang kufur nikmat dan bodoh sombong. Telefon bimbit banyak kegunaannya, banyak kebaikannya. Tidak perlulah kita nak nafi, nampak sangat kita macam Pak Pandir Moden.

Kalau marahkan nyamuk, kenapa kelambu hendak dibakar? Haaa...kenapa tidak pergi ambil penyapu kat kedai RM2, bersihkan sekeliling rumah. Buang air di pelapik pasu atau buang tin yang mengandungi air ke tong sampah. Jangan kata tidak sempat, jangan kata sibuk memanjang (sibuk buat anak ke?). Begitulah masalah yang berkaitan dengan telefon bimbit...(sebenarnya bukan masalah telefon bimbit pun... tetapi masalah anak kita!. Kalau kita fikir dalam-dalam sebenarnya bukan masalah anak kita (pulak dah) ianya masalah kita! Masalah tau beranak jea, tak tahu jaga anak atau bagaimana nak jinakan/disiplinkan...huh!).

"Awak tak ada anak Man, awak tak faham" Kata kawan saya sambil membelek katelog Akojaya Home Lifestyle 2012. Katelog itu kawan saya punya sebenarnya. Boleh bayar 5 kali. Saya tidak berniat nak beli, saja tengok. Di rumah saya sudah ada 100 lebih dinner plate dan macam-macam lagi platenya. Saya pun naik hairan kenapa jadi banyak begitu?. Saya membeli dalam tidak sedar kot...teruk betul. Sekarang saya sudah insaf, dah 3 tahun insaf...dah tak mengoder dah.

Kita kembali kepada tajuk posting...

Memang kontrol anak payah sangat. Lebih senang beranak dan beri makan kan? Memang payah nak asuh nilai murni/disiplin kepada anak-anak kalau kita juga 2 x 5 tidak berdisiplin. Surirumah guna telefon bimbit mengumpat, surirumah lelaki guna telefon bimbit nak mengorat!. Tak kan kita tak pernah dengar situasi begini. Dah biasa sangat kan? Haaa...

Kalau anak kita tu dah jahat, tak payah guna telefon bimbit pun mereka boleh buat jahat. Sekarang dunia terbuka luas. Tidak ada tapis-tapis lagi, sebab itulah kita kena sedar. Kita kena bina mekanisma penapisan dalam diri anak-anak kita. Agar mereka kenal intan dengan batu... Kita lah tu yang kena ajar..., huh! Bukan orang gaji atau jiran.

Bila kita tidak berjaya didik anak (daripada kecil lagi dah gagal), mulalah kita salahkan telefon bimbit la, peti sejuk la, rak buku dan sebagainya. Termasuk pihak kerajaan, NGO, Asia Tenggara dan dunia amnya. Bestkan hidup, salahkan orang jea kerjanya.


Jan: jom kita pakat ramai-ramai salahkan telefon bimbit pula!  He he he, selamat datang ke Malaysia.

3 comments:

Xora said...

mungkin perlaksanaannya boleh dijadikan dgn hanya membenarkan telefon yg boleh sms dan call sahaja, tanpa sbarang aplikasi media, internet mahupun camera. mungkin telefon Nokia 3310 yang epic tu lebih bagus, memandangkan tahap ketahanannya yang mmg dikagumi. kalau ada org jahat, boleh baling handphone tu pada mereka, nescaya pasti benjol dahi mereka.

mungkin ibubapa juga concern ttg kos topup buat budak2 yang belum boleh mendisiplin kan diri.

Ye, saya rindukan zaman sekolah saya dimana saya tak kisah beratur utk telefon awam di sekolah semata-mata untuk beritahu ibu yang saya akan balik lewat, atau pinjam telefon di pejabat guru.

Adik saya pun ada pakai telefon bimbit ke sekolah, tapi yang peliknya, ibu ayah saya yang telefon dia kalau dia balik lewat. tiada inisiatif daripada dirinya sendiri untuk memaklumkan keadaannya kepada ibu ayah. Mungkin semakin tinggi kadar jenayah di Malaysia, semakin rendah tahap kesedaran kita, ye mungkin. atau mungkin budak-budak sekarang terlalu manja.

Jankaulu said...

saya dulu ketakutan tepi longkang di luar pagar sekolah kalau ayah lewat datang ambil atau ketinggalan bas.

saya setuju, sebenarnya generasi sekarang banyak untungnya kan?. Cuma mereka kena la pandai kawal...

teringat dulu ada telefon rumah... kring-kring...

Nong Andy said...

blog pertama yg saya jumpa yang mengatakan setuju bawa hanfon ke sekolah.

hanfon tak salah .. hahaha!

lawak kelakar, cikgu nak berhenti mengajar sebab hanfon anak murid lebih hebat dari hanfonnya.. hahaha.. macam-macam lawak di buat berkaitan hanfon, sekolah dan anak anda ekekeke...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home