Seperti biasa saya akan berada di tempat kerja sebelum pukul 8 pagi. Entah mengapa saya rasa bersalah jika saya datang lewat. Apabila selesai mepakirkan kereta di belakang Bangunan Akademik AB, saya melenggang naik tanga ke tingkat satu ke bilik saya. Saya mengelak menggunakan tangga dekat tandas perempuan sebab kat situ rasa seram. Pernah dahulu ada cerita seram yang berlaku, saya bukannya takut cuma seramn jea. Biarlah saya menggunakan anak tangga di tangga lain, biarlah jauh sedikit pun.
Selepas meletakan barang-barang di bilik, saya menuju ke pejabat untuk merakam waktu kedatangan kerja saya. Masih tidak ada pekerja di pejabat. Saya sebenarnya hanya perlu hulurkan kad kerja saya dan akan berbunyi `tiup' di komputer tersebut yang terletak di dalam kaunter.
Selepas melabuhkan punggung saya yang kini semakin terbentuk (saya amalkan satu senaman hasil tunjuk ajar dari seorang bekas timbalan dekan) saya terus bertekad. Hari ini saya bertekad akan menyudahkan jua pembikinan soalan akhir bagi subjek Malaysian Economy sesi akademik 1, tahun 2012/2013. Saya harus lakukan sebaik mungkin kerana soalan-soalan tersebut akan dimoderatekan/dinilai oleh Prof Dr Muhammad Anuar Adnan yang sudah lebih 35 tahun berpengalamanya dalam dunia pendidikan. Soalan tidak boleh pakai cincai sahaja, ia mesti memenuhi standard OBE dan lain-lain piawai lagi. Siapa kata buat soalan senang, tetapi terus terang saya cakap, sukar lagi membuat skemanya. Haaa. Kalau soalan cuma 6 soalan yang hanya 2 muka surat. Skema jawapan mahunya 12 muka surat! Haaa.
Sebenarnya separuh daripada soalan tersebut sudah saya bina pada semalam. Dan pada semalam ketika saya giat mencipta soalan, menjelma pula seorang pelajar (pengarah projek) ke bilik saya. Beliau mahu menceritakan perkembangan projek saya yang nampaknya tidak berkembang mana. He he he. Dan pada masa tersebut jugalah saya harus siapkan claim saya untuk pembentangan AFBE dan lawatan industri saya. Saya kena belajar buat banyak perkara dalam suatu masa. Saya tidak boleh manja-manja lagi.
Semasa bertekad, saya teringat yang tepat pukul 2 petang saya harus bergegas ke Dewan Bestari sebagai panel untuk majlis Simponsium pelajar Finance 2012. Maka saya kena siapkan segala kerja berkaitan dengan soalan sebelum tengahari. Maka (maka sekali lagi) saya bertapa dalam bilik hingga terlupa makan tengahari...sesuatu yang jarang berlaku. Nasib baik sebelum itu paginya saya bersarapan dengan kawan saya Adnan dan Ja.
Perasmian simposium ini dilakukan oleh timbalan dekan. Dekan tidak ada, saya agak tentu dekan sibuk dengan miting dan sebagainya sebab sesi akademik sudah nak berakhir. Kalau setakat ketua jabatan boleh sibuk dengan miting mitong ni, apatah lagi dekan kan?. Apabila saya sampai saya terus hanyut dalam simposium itu. Acara pembukaannya menarik sebab ada letupan belon. Nasib baik tiada yang melatah. Atau orang akademik memang tak melatah?. Di kampung saya banyak orang tidak akademik yang melatah. Ah! biarlah persoalan `adakah terdapat hubungan antara latah dan tahap akademik mempunyai signifikan atau tidak' tersebut kita tinggalkan sahaja untuk dikaji oleh orang berkenaan. pada tahap kita ni baik kita kaji mengapa suami kita tidak lekat kat rumah atau mengapa bini kita ni asyik masak kari jea tiap hari. Boring.
Selepas perasmian simpo acara makan bermula. Semasa saya makan tiba-tiba seorang pelajar saya datang untuk minta tandatangan untuk projek layang-layang saya. Saya meninggalkan meja makan buat sementara dan isi borang yang tertentu. Selepas itu saya meneruskan pemakanan (save RM4.80 hari ini. Semasa saya makan saya cuba anggarkan berapa harga makanan tersebut.). Selepas itu saya masuk di dalam bilik di mana terdapat 2 orang lagi panel yang saya rasa lebih jauh berwibawa berbanding saya. Ada 6 pelajar yang saya harus panelkan.
Macam biasa dengan seriusnya saya perhatikan dengan teliti setiap pembentangan dan tanya apa yang saya tidak faham atau tidak jelas. Ada pembentangan yang bagus dan ada yang pada saya tahapnya hanya `kena baiki lagi dengan giat'.
Sampailah pukul 5 petang, dengan sopan meminta diri, saya terus bergegas ke blok Akademik AB yang terletak berhampiran dengan Dewan Bestari. Walaupun bangunan tersebut berhampiran, kira berpeluhlah juga berjalan. He he he. Pakai kot pulak tu.
Semasa melalui bangunan dan menuruni anak-anak tangga, saya terdengar sekumpulan pelajar berteriakan nama saya. Mereka menjerit-jerit dengan kuat bagai mahukan pisang. Mulanya saya buat tak endah namun apabila saya pasti nama saya yang mereka jeritkan dan tiada Aron Aziz atau Nasha Aziz berdekatan dengan saya, barulah saya respon. Saya melambai-lambai juga ke arah mereka. Mereka hanya berada lebih kurang 100 meter daripada saya. Dan dengan gaya seorang superstar juga saya memberikan isyarat kononnya saya kena cepat.
Dalam pada itu saya ternampak seorang pelajar saya yang ada berjanji dengan saya mahu berikan saya hadiah sempena beliau bercuti ke luar negara barat. Anak jutawan tersebut sangat berhemah dan berpeketi walaupun kaya raya dan agak handsum.
Kadang-kadang saya hairan juga mengapa saya begitu popular (perasan lebih ni). Saya selalu diingati oleh pelajar saya dan apabila saya jumpa mereka di mana-mana, mahupun di bandar atau ceruk kampung mereka meloncat bangga berteriak, atau melambai-lambai ke arah saya seolah saya adalah Mawi (maksud saya Mawi yang pada suatu ketika dulu...sekarang ini entahlah. Senyap sunyi jea...kesian pula...).
Perkara ini juga terjadi semasa saya pergi melawat pelajar praktikal saya yang kebetulannya saya pernah ajar mereka. Habis sebangunan pelajar tersebut war-warkan bahawa saya akan datang melawat dia. Siap satu bangunan menunggu saya di sana!. Saya pula bagai YB disambut mesra dan manja. Nasib baiklah saya ada bawa sikat rambut. Dapatlah saya mengemaskan rambut saya yang lebat dan terurai manja.
Ok lah, kita tinggalkan penulisan yang seolah-olah saya sangat popular tersebut (kot-kot perasan jea lebih, he he he). Kita pergi kepada topik lain iaitu apa yang terjadi pada hari ini di mana banyak perkara yang perlu diselesaikan. Memang selepas simposium tersebut mahu berakhir saya bergegas kembali menuju ke bilik saya. Dan saya terkejut!
Jan: Bersambung....(pulak dah)
Jan: Bersambung....(pulak dah)
2 comments:
walaupun entri saudara panjang tp sy baca dr awal hingga akhir..
saudara ni misti lecturer yg hensom, kelakar dan mesra dgn pelajar sbb tu popular ahakss
sbnrnya sy tertarik dtg sini sbb saja nk baca diari kehidupan pensyarah sbb dulu sy hampir2 jd pensyarah tp lps tu sy quit sbb sy rs jd pensyarah mcm bosan..cthnya kena buat soalan, kena dgr student punya pembentangan hahah
bersambunglah pula.. baru nak teruja hahaha...
*best la kan sesekali popular mcm aaron Aziz.. hehe. Kalau Pensyarah yg saya suka.. memang rasa seronok jika bersua semula walaupun mungkin dia tak kenal saya lagi :p
Post a Comment