Terus terang saya beritahu saya tiada masalah jika sesiapa yang meminati atau nak berkawan/mengada dengan saya tidak memakai tudung. Saya bukan jenis lelaki/manusia yang hanya berkawan dengan kelompok orang yang pakai tudung sahaja.
Kalau awek tak pakai tudung nak `add' saya dalam FB pun saya redha.
Tidak perlu pakai tudung kerana nak berkawan dengan saya, pakailah kerana atas sebab agama, kerana allah. Kerana hukum.
Dalam persahabatan dan perkawanan banyak perkara atau nilai lain yang saya tengok, bukannya aurat semata-mata. Kepada saya, kalau menutup aurat tudung sampai ke lantai tapi perangai macam pisau, tong sampah atau bekas habuk rokok, saya tolak.
Saya melihat kepada perangai, kalau suka tikam belakang atau nak tunjuk suami dia kaya atau handsum, saya jauhkan diri. Saya angkat kaki, he he he. Susah jugak nak terangkan di sini sebab mungkin ada yang mengecop saya sebagai tidak islamik. Saya faham benar orang Melayu suka sangat laaaa beri label. Melabel orang jea kerjanya walaupun diri sendiri tunggang langgang. He. Lintang pukang.
Saya juga akan melayan sama rata kepada kawan lelaki saya jika isteri dia tidak pakai tudung. Malah kalau dia datang bawa isterinya saya tetap hormat sebagai isteri kawan saya walaupun seksinya mengalahkan artis baru nak naik. Kalau isteri kawan saya seksi pun saya tengok jea sekilas pandang (he). Saya tetap akan layan dia seperti kawan lelaki yang lain. Dan saya juga tidak akan memaksa dia paksa bini dia pakai tudung kalau nak jumpa saya.
Begitu juga dengan pelajar perempuan saya yang tidak pakai tudung. Saya menilai atas kerja keras dan prestasi mereka dalam pelajaran bukannya tudung mereka. Tak lah sebab mereka tak bertudung maka saya tidak benarkan mereka masuk bilik saya, atau saya potong markah mereka seposen sebab tak pakai tudung. Atau yang pakai tudung labuh saya beri markah tinggi? Berdosa tu.
Tetapi saya tahu ada orang macam itu. Saya beri contoh....(based on true story, cuma ada la sikit ubah biar dramatik).
Seorang kawan perempuan saya beritahu dia tidak suka perempuan tidak pakai tudung, sebab itu dia tidak ambil si X ( X adalah nama samaran yang saya pilih. Nama sebenarnya bukan X. Mana ada orang nama X. Lainlah kalau filem X-Man atau James Bond) bekerja di organisasi yang di juga turut bekerja (dia bukan tuan/boss organisasi tersebut).
Saya beritahu dia yang kita sepatutnya menilai atas kepakaran atau skill dia sama ada dia boleh sama-sama tolong majukan organisasi tempat dia bekerja....bukan pasal pakai tudung... lagipun bos lantik dia untuk handle sesi temuduga tu pun sebab dia banyak pengalaman dan layak. Bukan sebab dia pakai tudung Ariano (sebenarnya bukan tudung Ariano, saya ubah huruf vokalnya sahaja. Saya bimbang nanti ada yang perasan. tetapi tudung ni katanya mahal dan bermutu).
Saya juga beritahu manalah tahu insyallah bila bergaul dengan dia (kawan saya tu), si X tadi akan pakai tudung, kot-kot tudung labuh terus siap dengan jubah haaa. Mana tahu. Haaa.
Dan dia terus tak sms saya selama 2 minggu sehinggalah kami berbaik semula bila berjumpa di Giant (sebenarnya bukan Giant tetapi supermaket ala Giant, contohnya Tesco ke? Haaa). Dia tersenyum lebar dan mengaku yang kata-kata saya tu benar belaka (kira insaf la ni...heheh). Tetapi sebelum itu memang ada saya tegur tudung Ariano dia cantik, membuatkan muka dia nampak cerah. Sempat juga saya beritahu kulit muka dia tak sesuai pakai biru gelap atau unggu sebab muka dia akan nampak gelap macam buah manggis).
Ada kawan saya pakai tudung `on - off''. No komen. (No komen dalam entry ni la, kot-kot nanti satu posting pasal isu pakai tudung `on-off'.
Ada juga kawan saya yang pakai tudung hanya dalam negara. Sempat saya bergurau- tanya " Kat luar negara allah tak ada ke?". Selepas itu dia tergelak dengan pertanyaan saya. Saya pun tergelak mesra jugak sambil membelek-belek cenderamata yang dia beri. Mahal!, dari Paris gitu....
Ada juga kawan saya yang tidak pernah menampakan rambutnya (dia selalu pakai rambut palsu). He he he.
Ada juga kawan saya yang pakai tudung sekerat ala Datuk Siti Nurhaliza. Saya tak kisah juga tapi bila dia beritahu suara dia pun ala DSN, saya kisah. Suaranya sebenarnya tak sesedap DSN, cuma ada la persamaan 0.083% semasa dengungannya.
Apa-apa pun, setiap individu ada hak untuk memilih dengan sesiapa mereka nak berkawan atau tidak....kan? Jangan mencerca orang tidak pakai tudung, nasihatilah dengan bijak. Sekian.
Jan: Pernah terai tudung mak, kelakar! nampak macam maharajalawak...

Dulu semasa kerja di Kolej Shahputra (kini Kolej universiti), saya ada jual tudung sebegini. (gambar di atas adalah dari http://www.mudacollections.com/. )

3 comments:
nak komen.. "no komen' hehe.. gitu boleh??
he he he, boleh jea.
kikiki..itu gelak utk entri awak yg skima tp ada lucunya
betulla kita x leh nilai org pd pakaiannya semata-mata
Post a Comment