Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, July 17, 2012

9 panduan melawat pelajar praktikal.

Selepas berseminar selama dua hari (isnin dan selasa), hari rabu, khamis dan jumaat saya bergegas pergi lawat pelajar latihan industri saya. Latihan industri ini adalah praktikal bagi pelajar untuk menyesuaikan diri dengan alam kerja yang sebenarnya. Daripada pengalaman saya yang pertama kali ini, saya ikhlas ingin memberi panduan supaya tidak ada lagi pensyarah yang mengalami nasib yang seperti saya. Saya perturunkan.

1. Pastikan alamat organisasi yang hendak dituju adalah tepat.

Contohnya, kilang Sony di Petaling Jaya ada 3!. Saya sudah berada di lobi kilang apabila pelajar saya menalipon bahawa saya telah tersalah kilang. Saya terkejut beruk. Dan saya terpaksa berjalan semula ke luar kilang dengan mengikuti laluan jalan kaki yang dibuat oleh orang Jepun tersebut. Oleh kerana ia kawasan kilang, kita tidak boleh jalan ikut suka hati. Disediakan `line' untuk perjalan kakai.

Masih tergambar macam mana senyuman pak cik jaga di pondok bila saya terangkan bahawa saya tersalah kilang!

2. Pastikan bahawa pintu tersebut bukannya cermin.

Saya telah terlanggar pintu cermin. Tetapi ia bukanlah salah saya 100% sebab pintu macam bukan cermin. Hasilnya sampai kini siku saya sakit, mungkin ada tulang yang retak? Saya selamba sahaja menghentam pintu kaca tersebut. 

Nasib baik fail-fail saya tidak bertaburan dan ada pula orang yang sama-sama mengutip fail maka akhirnya bertukar alamat dan ke jinjang pelamin (alangkah seronoknya kalau hidup macam drama-drama swasta).

3. Pastikan barang tidak tertinggal.

Apabila kita mahu meninggalkan bilik, pastikan kita sudah mengambil beg atau fail-fail kita. Barulah kita mengucapkan selamat tinggal kepada supervisor yang jaga pelajar kita di kompeni itu.

Saya sangat malu sebab beg saya tertinggal di bilik supervisor. ia melambangkan organisasi tempat kita bekerja mengaji orang yang cuai. Sayalah tu. He

4. Pastikan menalipon pelajar yang betul.

Apabila saya sampai di syarikat RHB, saya tersalah menalipon pelajar lain supaya turun jemput saya. Maka seorang pelajar saya di tempat lain telah turun untuk menjemput saya. Sedangkan saya menunggu di lobi bangunan yang lain, he he he.

Saya perlu dijemput sebab bangunan besar dan bertingkat. Saya mungkin sesat, masa amat berharga...(alasan)

5. Pastikan anda tahu kemahiran memendekan perbualan.

Kita mempunyai berbelas pelajar yang mahu dilawat. Tanyakan soalan yang berkaitan sahaja kepada supervisor. Contohnya: " Bagaimana dengan prestasi kerja pelajar saya?" jangan pula tanya "Dah makan ke belum?". Haaa.

Jika ada supervisor yang terlalu ramah bercerita, kita mesti pandai memendekan perbualan. Contohnya beritahu, driver kita ada menunggu di bawah atau berterus terang bahawa kita ada 8 lagi supervisor yang nak dilayan. Bukan dia sorang. He he he.

6. Pastikan kita berpakaian kemas dan menyikat rambut (kalau lebat).

Saya telah meminjam baju kot kawan saya supaya segak dan nampak akademik. Dan saya juga menyikat rambut saya semasa di lobi pada setiap pejabat. Malu juga ada yang tengok tetapi saya hanya menyikat rambut bukannya buka seluar.

Ini adalah penting kerana mungkin pelajar kita sudah mewar-warkan bahawa kita akan datang melawat. Kita kena jaga imej organisasi tempat kita bekerja dan pelajar kita.

7. Pastikan kita ambil balik kad pengenalan kita di pondok jaga dan tidak meletak senarai pelajar merata.

Pada suatu kompeni, saya telah tertinggal senarai pelajar yang saya lawat di atas kerusi kaunter penyambut tetamu. nasib baik kawan saya yang menemani saya sepanjang praktikal telah terjumpa kertas itu. Dan saya juga hampir terlupa pulangkan pas pelawat di pondok jaga (macam biasa...).

8. Pastikan kita save nombor talipon bimbit pelajar

Saya telah save semua nombor handpon pelajar sebelum memulakan operasi lawatan, jika tidak kita akan sukar untuk hubungi mereka hanya berpandukan senarai kertas. Haaa...

9. Pastikan resit disimpan untuk buat claim.

Saya terlupa dekat mana saya simpan resit untuk saya claim dari majikan. Saya letak bercampur dengan kertas-kertas lain. Ia menyukarkan saya untuk mencarinya semula.

Jan:  sekian.

9 comments:

Nong Andy said...

cermin tu terlalu bersih kan.. haha...

nice sharing :D

Adie Achim said...

lamngkah yang terakhir itu tidak kurang pentingnya :p

Jankaulu said...

salam Nong dan Andy,

boleh tak kiranya awak sudi berikan saya alamat lengkap awak,

tahun ini saya nak kirim kad raya kepada kamu....

Jankaulu said...

maaf silap,

Nong dan Adie, he he

Adie Achim said...

Alamat:

Mohd Syaifudin Duakim bin Abdullah,
Kolej Matrikulasi Labuan,
Jalan OKK Daud Merinding,
Peti Surat 81735,
87027 wp labuan.

p.s: Saya seorang yang menghargai apa jua kad (sebenarnya nak setem.)

Saya perlukan alamat awk juga. Orang memberi kita merasa :)

Nong Andy said...

alamat sudah di berikan di entry seterusnya :D

ya.. sila berikan alamat kamu juga. Boleh saya menge'test' kreativiti membuat kad raya :D

Jankaulu said...

Ini alamat saya:

Mohamad Sukiman Ishak,
11- 2, Bangunan Akademik AB,
Universiti Tenaga Nasional,
Kampus Sultan Haji Ahmad Shah,
26700 Bandar Muadzam Shah,
Pahang.

Nong Andy said...

baik.. tunggu kad raya kalian berdua :D

Jankaulu said...

he he he, tunggu...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home