(pertama) kita kena kahwin dengan orang yang kita sangat sayang. Dan (kedua) untuk menyukarkan lagi keadaan (he he he), orang tersebut juga haruslah/wajiblah menyanyangi kita juga. tanpa keduannya kehidupan yang kita bina nanti seolah berjudi...kita mungkin rugi dan berdosa.
saya tahu untuk menjawab soalan sebegitu, mungkin akhirnya dari nasihat saya ini akan ada orang akan kata `sebab itulah awak tidak kawin-kawin'. namun saya akan cuba menjawabnya. di negara kita setiap 15 minit akan ada sepasang akan bercerai. saya ulangi, bercerai. maka kita tidak mahulah membina sesuatu di atas foundation yang tidak kukuh. tidak tahu tengah tepinya. orang kawin, kita kawin. lebih kelakar kita kawin kerana umur kita sudah lanjut... bukan kerana kita percaya sangat bahawa orang itulah yang berupaya buat kita kuat dan membahagiakan kita sepanjang perjalanan.
ada ke orang sebegitu?
kita harus berkahwin dengan orang yang kita sayang kerana perjalanan yang jauh dalam rumahtangga itu turun naiknya dapat dilicinkan dengan adanya kasih sayang. saya percaya jika tidak berlandaskan kasih sayang, tiap seminit akan ada yang bercerai.
saya percaya pertengkaran pada pasangan yang berkahwin atas alasan selain cinta akan lebih hebat dan sadis berbanding dengan pasangan yang memang bercinta dan saling sayang menyayangi. itu pendapat saya. sebab kasih sayang akan memgawal kita daripada marah yang melampau kerana kita memang sayang walaupun berkelahi, sebab kita yang pilih.
namun untuk mencari orang yang sayangi kita kerana allah (unsur agama sempena dekat nak ramadhan) amat sukar. orang mungkin sayangi kita kerana kita comel/kacak, ada kerja yang bagus. atau sayangi kita sebab dia memang dah nak kawin sangat (terdesak) dan tidak setiap hari kita akan jatuh cinta. nafsu mungkin, tapi cinta dan kasih sayang lebih terpandu dan haruslah dipandu.
sedangkan orang yang kita sayang akan berubah laku apabila kita hidup dan tahu perangainya, inikan pula orang yang kita tidak kenal. tentulah ada perangai buruk dan meluat pada pasangan kita. namun oleh kerana sayang dan kasih kita dapat bekerjasama dan menerimanya sedanya.
berkahwin dengan orang yang kita tidak sangat sayang atas sebab-sebab apa sekalipun adalah sejenis jenayah besar pada diri sendiri. sedangkan hidup adalah untuk gembira dan bahagia. kita pandai-pandai membuat keputusan yang salah kepada hidup sendiri.
zaman sekarang, memilih bakal suami adalah terlalu payah. ramai lelaki yang pentingkan diri. ini kita boleh kesan pada tahap awal lagi jika kita peka. lelaki kini kian berubah dan keperluan mereka juga. alatan bergaya mereka juga kian pelbagai dan mahal-mahal belaka. di manakah duit akan dialirkan? untuk keluarga atau masih tegar menjaga kemaskulinan diri? kalau ada duit tidak mengapa, haaa..
sukar sungguh menjawab soalan tersebut kerana tentu juga kasih sayang yang besar dan duit melimpah masih lagi tidak menjamin kebahagian sebab unsur lain seperti amanah, bertanggungjawab, setia dan serba maknika amat diperlukan.
bagi saya tidak setiap perkahwinan itu seseorang akan berjumpa dengan soul mate nya. maksudnya ramai juga yang tidak berkawin dengan soulmatenya. malah ada di antara meraka tak tahu pun makna soulmate itu dalam perhubungan.
hendak dipendekan cerita berkahwinlah dengan orang yang kita sangat sayangkannya dan dia sangat sayangkan kita (walaupun dia bukan tunang kita...). dan perlu diingat juga bahawa apa-apa yang berlaku nanti kita yang menanggungnya. baik buruknya.
dan oleh kerana perkahwinan itu seolah perjudian, maka kita kenalah faham risiko apa yang kita akan/telah ambil.
sebagai seorang perempuan, kebahagian kita memang laaaa terletak sangat kepada jenis lelaki macam mana yang kita kawini. sengsara dan derita, suka dan bahagia tersebut. orang lelaki senang, mereka boleh `off''kan ikatan bila-bila masa sahaja...percayalah saya.
sekali lagi saya tekankan bahawa kita harus berkahwin dengan orang yang kita sayangi dan menyanyangi kita. rupa, masa, harta hanyalah perkara yang penting setelah kita miliki dua perkara tersebut.
setelah kita memilih dan mencuba yang terbaik, segalanya terserah pada takdir. untung dan ruginya.
Jan: menyanyangi seseorang adalah beban dan risiko. tetapi kita mengejar kebahagian kan? haaa...
3 comments:
berkahwin la abg jan....
semua pekara aturan YG ESA, kahwin bukan sahaja kerna sayang tapi juga kerna kesian.....
sy setuju...sebab tue sampai skrg, sy masih single...hihihi
erm no komen boleh :D
Post a Comment