Sekarang saya sibuk memanjang membuat slide pembentangan dan dalam masa yang sama giat menalipon para pelajar saya di Petaling Jaya.
Minggu hadapan saya mungkin akan berehat menulis selama seminggu. Saya ingin menyiapkan diri untuk melakukan pembentangan kertas kerja (yang saya hasilkan bersama rakan-rakan). Pembentangan ini akan di lakukan di Kuala Lumpur. Semoga saya tidak terlentang ketakutan dan kegabraan semasa pembentangan tersebut. He he he.

Membuat kertas kerja (kajian) dan membentangkannya adalah antara tugas utama pensyarah. Ngeri kan? He he he. Tugas pensyarah bukan setakat mengajar sahaja. Saya rasa ngeri sebab saya pemalu dan bukannya pandai sangat bergelagat di depan orang yang pandai dan bijak nanti.
Sejurus sahaja selepas pembentangan saya akan bergegas ke Petaling Jaya sebagai penyelia Latihan Industri (LI). Saya tidak pernah lagi terlibat dengan LI. Semoga saya tidak sesat dan meraung di tepi longkang dekat dengan bangunan-bangunan yang besar di PJ tersebut. He he he. Walaupun begitu saya akan ditolong oleh seorang kawan nanti.
Saya perlu lawat 13 orang pelajar di 11 buah kompeni yang bertaburan di sekitar PJ.
Saya perlu lawat 13 orang pelajar di 11 buah kompeni yang bertaburan di sekitar PJ.
Pergi LI ini adalah untuk bertanya khabar pelajar kita yang sedang praktikal kat industri, kita juga jumpa supervisor yang menyelia pelajar kita. Tanya pelajar kita degil ke tak? Tau buat kerja ke tak? he he he.
Biasanya kesukaran adalah mencari tempat di mana pelajar kita praktikal. Dahulu saya pernah gatal-gatal ikut kawan-kawan ke LI ni. Pengalaman saya mengikuti mereka kita kena sabar sebab bila sampai ke bangunan yang betul, mungkin kita makan masa setengah jam baru jumpa pejabat yang betul, haaaa...he. Itu pun kalau bernasib baik. Dan kita juga kena sabar menunggu supervisor mereka...haa..
Jan: sekian kita jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment