Sebentar tadi sebelum ke kuliah, saya tergesa-gesa ke bilik air. Cepat-cepat saya tanggalkan tali pinggang Polo saya (yang saya beli masa sale di Eastkostmol). Saya kemudiannya lodehkan seluar, duuk dan terus berak, saya tak sempat sangkut seluar!.
Biasanya kalau hendak buang air besar saya akan balik ke rumah saya. Di rumah lebih selesa, mengada dan wangi. Namun kali ini saya tidak dapat menahan perut saya yang memulas. Bagai dimolinek rasanya segala isi perut, pedih.
Sambil berak saya teringat pagi tadi saya bersarapan dengan kawan di sebuah kedai. Saya sempat beritahu kawan saya bahawa roti canai tersebut rasa dan baunya aneh. Namun saya dan kawan-kawan saya memakannya juga...selagi tak busuk kami telan. Kami makan sambil mengumpat panjang
Betul ke tindakan kami tersebut? Haaa.... Bukan pasal mengumpat panjang maksud saya betul ke tindakan kami meneruskan pemakanan tersebut padahal sudah tahu rasa dan baunya aneh?
Ada dua kemungkinan, pertama makanan tersebut sudah tercemar atau kedua, memang di tangan saya memang sedia ada kuman (semasa saya menulis posting ini saya masih tidak dapat menghubungi kawan saya untuk bertanya sama ada dia juga terberak cair?). Sebenarnya posting ini bukannya mengenai saya terberak tetapi pasal kuman di tangan kita. Sebelum ini saya pernah tanya pada badan kita, bahagian manakah paling banyak mengandungi kuman. Jawapannya ialah mungkin tangan. Mungkin jea, sebab saya bukan doktor.
Tangan kita ni banyak terdedah pada kuman sebab dia menyentuh banyak perkara termasuk alatan di bilik air, setereng kereta, handphon, key board dan 1001 mawar lagi. Perasan tak? Sebab tu kata Ais Wariarai (bekas ratu dunia, sekarang ratu dapur), beliau tidak pernah sentuh mukanya dengan tangan. Mungkin dia bermaksud dia menyentuh mukanya ketika nak membasuhnya sahaja. Tidak macam kita yang kadang-kadang saja-saja gatal menyentuh muka kita sendiri kononnya kontrol handsum/ayu. Ya, kita perasan kita handsum/ayu...
Di dalam bilik kecil tersebut saya terus mengelamun. Saya sepatutnya kerap basuh tangan saya walaupun bukan untuk makan. Dan kita patutlah sangat basuh tangan dengan sabun sebelum menyediakan makanan. saya ulangi, dengan sabun.
Jan: Kalau nak beri penampar barulah kita guna tangan...haaa.
Jan: Kalau nak beri penampar barulah kita guna tangan...haaa.
No comments:
Post a Comment