Saya sampai ke hotel ini dalam pukul 2 petang, lebih kurang. Saya bertolak dari Kuantan dalam pukul 11 pagi, lebih kurang. Saya datang menumpang kereta kawan saya Nik. Ini hotelnya, lihat gambar di bawah:
Saya menginap di hotel ini buat kali pertama. Kali ini atas kapasiti sebagai pembentang kertas kerja yang bertajuk "Exploring awareness of energy usage amongst the consumers in Malaysia".
Saya sebilik dengan kawan saya yang baru sembuh daripada deman virus iaitu Adnan. saya terkesima dengar pengalamannya yang separa nazak ketika deman tersebut.
Dia juga membentang kertas kerja yang bertajuk "A study of the approaches of learning among accounting and business student in higher educatioan institutions'. Ngeri kan tajuk kami. Tetapi kami sebenarnya bukanlah seakademik begitu. Kami biasa-biasa sahaja dan mudah dibawa berbual.
Gambar di atas adalah dua buah katil yang berasingan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini atau diingini.
Bilik ini kira ok, kami tidak demand sangat sebab kompeni yang bayar. Kami bersyukur sangat. Tidor di hotel tidak perlulah kita kemaskan katil kita. hehehe
Kadang-kadang saya tertanya juga sampai bila kehidupan saya akan begini. Maksud saya berpindah dari satu hotel ke hotel untuk menceritakan kajian yang saya buat. Namun sebenarnya saya tidak banyak terlibat dengan kajian. Saya lebih suka mengajar.
Kajian memerlukan banyak masa dan borin.
Sekian, kalau ada masa, saya akan menulis lagi. Saya gementar setiap kali nak bentang sebab saya pemalu...
Jan: Saya menulis dalam bilik hotel, pinjam lap top Adnan.
1 comment:
selamat membuat pembentangan...
Post a Comment