Sudah 2, 3 hari dia tidak sms saya. Saya lega bercampur resah. Namun saya percaya tidak lambat-cepat saya akan menerima sms daripada dia yang menyatakan dia sudah ceraikan bininya. Dia sangat-sangat benci kepada bini dia. Saya tahu.
Saya dapat rasakan tiada apa yang sudah boleh dibuat untuk menyelamatkan rumahtangganya. Saya tidak akan ambil kisah jika dia bukan sahabat baik saya. Dia sahabat baik saya, mungkin yang terbaik yang pernah layan saya di muka bumi ini. Saya ada bukti.
Mungkin perceraian adalah yang terbaik, sebab itulah ia sesuatu yang dihalalkan. Kita tidak diminta hidup merana oleh dek orang yang tidak sayangi kita. Saya rasa kesihan untuk kedua belah pihak. Namun gembira dan duka perkahwinannya, merekalah patut tanggung, saya cuma makan bunga telur sahaja...
Saya pernah dengar dia menyumpah seranah bininya melalui handphon. Dan segala binatang yang tidak halal divokulkan oleh mulutnya. Mulutnya yang saya percaya suatu waktu dulu amat manis dan bermadu seri rayu... Rayuan sukma untuk kekasihnya (sekarang bininya).
Saya hanya menasihati mana yang patut sebab dia kaki masjid dan pernah bertabligh. Dia tahu halal haram dan selok agama berbanding saya yang terkadang ala USA...Paris dan Qualerberg (Kuala Berang, Hulu Terengganu).

Jan: Mangapa orang yang paling kita sayang menjadi orang yang paling kita benci? Mengapa...
1 comment:
mang, nak cuba jawab soalan ni: Mangapa orang yang paling kita sayang menjadi orang yang paling kita benci? Mengapa...
1. Kita berubah.
2. Dia berubah.
3. Kita tak boleh terima perubahan dia/dia tak boleh terima perubahan kita.
Betul jugak kata orang2 tua, kalu sayang orang tu, jangan terlalu. sebab bila kita dah tak suka dia, kita akan tak suka/benci yg terlalu.
Post a Comment