Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, September 26, 2011

Ulasan Buku: Happiness in hard times - Andrew Matthews (2010)





Ada orang berpendapat hidup ini ibarat roda (tak kisahlah roda kereta lembu atau sebagainya.). Susah senang akan silih berganti. Dan masa susahlah orang akan jatuhkan kita semakin ke bawah. Lain keadaannya bila kita senang orang datang nak menumpang. Dan memuja kita.
Kadang-kadang dalam hidup kita ini, kita tidak boleh dengar apa yang orang kata atau kritik kita secara melulu. Maksud saya kritik yang menjatuhkan kita yang sedang naj jatuh (atau hadapi masalah). Sebab yang menanggung dan memahaminya adalah kita. Kadang-kadang suami/isteri kita sendiri pun tak memahaminya.
Lalat Hijau
" Man, saya anggap kritikan mereka tu sebagai lalat hijau je Man". Kata rakan pensyarah psikologi saya yang bergaya macam playboy (yang bermisai lebat macam datuk K) bila saya tanya tak rimaskan apabila ramai orang mengata pada dia.
Maka konsep `lalat hijau' itu saya aplikasikan kepada diri saya bila saya dirundung malang (pembaca boleh juga guna konsep ini). Saya selalu ubati hati saya bila saya terasa hati ditekan tubi. Saya bermonolog dalam hati: "Biarlah orang nak kata buruk pun, ini hidup aku. Bukan orang tu yang lalui, aku lalui".
Dan bukan orang tersebut yang membubuh gaji ke dalam akuan Maybank saya (setiap 27hb). Dan saya rasa pahit manis tersebutlah sebuah kehidupan. Baik buruk yang saya lalui, yang kita tempuhi...
Bangkit dari terduduk
Saya pernah ditimpa musibah, sampai saya seolah tidak berdaya untuk melihat esoknya. Dan peritnya saya menggumpul segala kekuatan mungkin juga sama peritnya CD terbaru (CD lagu inggeris ) Siti Nurhaliza menembusi pasaran hati pendengar Malaysia...
Panduan bagaimana kita nak bangkit masa kita terduduk ada dalam buku di atas (lihat sekali lagi gambar di atas.Walaupun hujan, walaupun payung dia koyak bin rabak. dia tersenyum!).
Saya sambar kembali buku ini (buku di atas) di Popular Bookstore Megamool Kuantan, bila sudah 2 tahun kawan saya yang pinjam buku ini tidak hantar-hantar balik (saya halalkan dunia akhirat). Buku ini berharga RM48, setebal 160 halaman (Rm3.30 selai, maka baca betul-betul. He he he).

Tajuk buku ini pun sudah jelas. Supaya kita hadapi segala kesusahan walaupun susah, walau parah walau berdarah neleh (terjemahan= darahnya menitis...) Kita cuba juga berbahagia dalam kepayahan. Bukan meratapi, meraung macam dalam drama-drama Melayu. Kita boleh MP2 tapi lepas tu kena bangkit (he he he macam saya pernah lalui kot. Why it hurt so bad, why it feel so sad).
Being sad doesn't fix the future
Semasa saya jejak kaki ke negeri Pahang (sepuluh tahun dulu, lagi-lagi cerita lama), tuhan saja tahu remuknya hati saya. Tetapi saya belajar untuk bahagia bila dapat kawan seperti Kak Norbaya, Lokman, Kamal, Diana, Sani dan Azniza (sekadar menyebut beberapa nama). Saya kena berasa bahagia, mula hidup baru.
Buku ini menyatakan kita tak bolehlah bersedih berpanjangan..."If through sadness you can fix the future, then do it! But being sad doesn't fix the future". (Amboi garangnya penulis ni...Muka surat 15).
Kisah keluk kesah Kak Lia
Seminggu kawan saya Kak Lia (nama samaran), berkurung dalam bilik di rumah emaknya sebab tak dapat terima hakikat suaminya ceraikannya talak jumlah bintang di langit. Ceritanya begini, atas dorongan Kak Lia suaminya sambung pelajaran di UKM, selepas tu mahu berkahwin dengan seorang pelajar UKM juga. Pelajar tu pula beri syarat kalau nak ke dia balik kampung nanti ceraikan Kak Lia sebab pelajar tersebut tak mahu bermadu dengan suami orang (tak suka bermadu). Kini Jandalah Kak Lia (demi allah cerita ni sama dengan cerita-cerita yang saya tulis adalah cerita sungguh, saya dan Kak Lia berkawan baik. Semua pekerja tahu hal ini. Kerani di pejabat pun tahu).
Apa kaitan Kak Lia dengan buku di atas? Haaa...kaitannya ialah Kak Lia tak boleh terus duduk menjeruk rasa sebab dia kena teruskan kehidupan ini (kena ingat anak 3 orang yang nak disuap!), dia kena bangkit dan berbahagia dalam kedukaan. Kak Lia kata dalam saat-saat yang payah ini dia kena bahagia dan hidup demi anak-anaknya. Dia kena bahagia, dia tak boleh heret derita. Haa...
Dalam buku ini juga ada cerita tentang ahli perniagaan yang gagal dan bangkit kembali daripada kegagalan. Dan berjaya. Teruk sangat dia jatuh...muflis gitu. Masa dia jatuh dia terpaksa buang pekerja dan dengan isterinyalah dia menguruskan perniagaan dari pagi sampai malam...
7 guni 7 lori
Namun dalam kehidupan ini, realitinya amat payah kan?. Tidak seperti dalam buku-buku dan drama swasta Melayu. Kita kena kuat untuk applikasikan apa yang dalam buku ini tulis. Setiap kali saya baca buku ini, saya kembali mendapat kekuatan untuk teruskan hidup. Tetapi bacalah buku ini 7 guni 7 lori pun kalau kita tak mahu berubah dan tak berani mengubah. Tak guna jugak. Baca dan aplikasikannya!
Dalam hidup saya, saya pernah ditipu, dianiaya. Banyak kali juga sebenarnya (he he he). Sehingga saya tidak tahu apa yang tuhan mahu ajar saya... Saya juga bukan seorang yang selalu betul dalam mengambil pegajaran atas apa yang terjadi dalam hidup saya. Saya tak tahu dalam dunia ini ada ramai juga orang yang nampak baik, berhati kijam (sebut `kejam') dengan membunuh harapan hidup saya (sesuatu yang paling berharga dalam hidup saya...) tetapi sebagai manusia biasa saya mesti ambil pengajaran, mengikut buku ini:
" Every person who walks into your life is a teacher. Even if they drive you nuts, they teach you because they show you where your limits are. Just because people are your teachers doesn't mean you have to like them". (Muka surat 76)
Tujuan hidup ini adalah untuk mendapat keredhaan, untuk bahagia dan membahagiakan orang. Dan betapa payah pun hidup ini, esok mungkin tetap ada (kalu tak mati, he he he). Dan bila esok itu ada, bersediakah kita?
Jan: Kadang-kadang tak reti nak senyum dah...letih dengan gelagat manusia.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home