Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, September 14, 2011

7 panduan mengadakan rumah terbuka...

Di sini saya perturunkan panduan untuk sesiapa yang ingin mengadakan rumah terbuka. Setelah beberapa tahun membuat pemerhatian, saya perturunkan beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh tuan rumah, antaranya:
1. Pilih hari dan masa yang sesuai.
Pada hari raya pertama dan kedua biasanya masyarakat kita beraya sesama keluarga mereka. Bagus juga dengan diadakan rumah terbuka pada mana-mana hari sabtu atau ahad selepas hari raya, bolehlah kita beraya di rumah kawan-kawan kita. Atau kawan-kawan kita beraya di rumah kita. Kita raikan khas untuk mereka. Walaupun mereka sepejabat? He he he.
Dan ingat, jangan lah sesekali kita buat rumah terbuka sama tarikh dan masa dengan jiran sebelah rumah atau majlis rumah terbuka bos kita. Bos kita yang memberi nilaian prestasi kerja kita untuk mendapatkan bonus dan inkrimeng...
2. Pastikan tepat masa pintu rumah terbuka.
Ya lah kan, kalau tertutup macam mana nak masuk? Maksud saya kalau boleh dari luar tetamu dah nampak ada majlis. Begitulah saya dan Din (kawan saya) yang teragak-agak masa nak pastikan adakah benar tuan rumah adakan majlis berbuka sebab depan rumah dan tepi sliding door tak ada pun mee atau air oren... Lama kemudian barulah kami nampak mereka mengusung meja ke ruang kereta dan meletak makanan.
3. Niat tu penting (unsur agama).
Tanggungjawab tuan rumah ialah niat ikhlas untuk mengeratkan silaturrahim kerana Allah Ta'ala dan tidak ada niat untuk menunjuk-nunjuk atau riak. Janganlah niat nak membandingkan kelebihan-kelebihan antara satu sama lain, termasuk pasu. Buatlah kadar kita, mampu kita... Kalau jiran kita pasang khemah, janganlah kita nak pasang khemah, wal hal kawan kita ada la dua tiga kerat. He he he.
Jangan biarkan amalan rumah terbuka memungkinkan datangnya beban pada pihak tertentu. Kita atau tetamu...
4. Senaraikan dengan teliti
Tang mengajak/menjemput ni sensitif sikit. Jangan kita suruh orang lain mewakili kita (kecuali ada sebab yang konkrit, contoh mulut bengkak) untuk menjemput tetamu. Kalau boleh kita sendiri menjemputnya, lebih manis berkrim, atau antar je email. Selamat datang ke dunia siber.
Dan haaaa... jangan pula kita terlupa jemput orang yang jemput kita ke rumah terbuka mereka...he he he. Kalau terlupa silap besar tu sayang... Apa kita nak jawab?
5. Boleh selitkan unsur agama
Amalan rumah terbuka adalah adat dan amalan biasa sahaja bukannya budaya Islam pun, namun jika niat tuan rumah itu ikhlas untuk menjamu tetamu dan mengeratkan silaturrahim amalan ini molek sangat.
Kata kawan saya yang beraliran agama molek jika tuan rumah memulakan rumah terbukanya dengan bacaan doa selamat dan tahlil agar perkara baik yang dilakukan beroleh rahmat daripada Allah.
6. Pastikan makanan dan layanan cukup
Perkara ini pernah terjadi pada kawan saya. Makanan tidak cukup. Senang sahaja bedah siasatnya, dia oder makanan tak mencukupi jumlah para tetamu. Dan ada tetamu yang bengong tau pau sedangkan majlis tak selesai lagi.
Sebab itulah tuan rumah kena perhatikan dengan peka. Sebab kita nak menjamu orang, bukan kambing...
Kalau para tetamu kita ramai, carilah pembantu untuk menolong kita takut nanti tak menang tangan (tak selesa) nak layan tetamu.
7. Ucapan terakhir tuan rumah
" Terima kasih laaaaa...kerana datang" Masa nak sebut `la' tu kena panjang sebagai menampak kan keikhlasan dan kesungguhan kita. Kalau nak tambah " Maaflah kalau ada terkurang..." pun boleh. Masa tu kena senyum dan manis muka, jangan masam dan pakai spek hitam!
Jan: Malam ni saya nak ke rumah terbuka gabungan 10 orang sahabat! Pasti hebat!

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home