Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, September 22, 2011

Perihal Jimang

Akhir-akhir ini ada juga pembaca blog memberitahu bahawa mereka rasa malu untuk membaca kisah `Jimang' yang saya tulis. Banyak alasan yang diberikan. Antaranya penggunaan bahasa saya yang dianggap lucah dan memalukan masyarakat, saya memburukan orang islam, saya suka memburukan orang yang kahwin dan banyak lagi.

Sejujurnya saya cuba berlaku jujur pada diri dan penulisan saya. Contohnya kalau penggunaan bahasa dipertikaikan, perkataan `beruk' `babi' dan `konek' memang ada dalam kamus hidup kita. Cuma penggunaannya haruslah kita kawal supaya tidak mencarut atau bercerita sehingga pembaca naik berahi. Contohnya (contoh lagi), kalau saya berniat nak stingkan (memberahikan daya seksual) pembaca blog jankaulu, sudah lama saya postingkan posting saya yang bertajuk `Kemut Puaka'.

Ada pangajaran moral yang sarat berdasarkan watak `Jimang' dalam siri posting `Ambik Kau!' tersebut. Kalau kita ambil positif, kita boleh katakan tidak perlulah kita memburukan orang bujang telajak atau anak dara tua, atau seangkatan dengannya. Itu niat saya.

Saya berpendapat manusia `Jimang' ni memang banyak dalam masyarakat kita. Jimang mewakili sebahagian watak dalam kehidupan Melayu islam kita. Cuma kita saja diamkan atau buat tak nampak sebab kita sibuk. Jimang adalah spesis suami yang pagi-pagi buka tudung saji, tengahari buka tudung saji dan malam selepas buka tudung saji, selak kain bini. Kalau tak selak kain bini ada di antaranya selak kain anak!

Dan jika makanan tak ada semasa buka tudung saji, dia jadi marah-marah sedangkan dia tak beri nafkah sepatutnya. Nak makan sedap-sedap jea. Bila tak ada makanan dia pukul bini dia, bila bini sudah tidak dapat tahan perangai suami, bini lari rumah orang lain... (dan dia cop bini dia dengan jenama derhaka pula!) Selamat datang ke dunia Jimang. Inilah cerita manusia-manusia yang bernama `Jimang'.

Dalam kes Jimang ini, semua orang kampung tahu hidup anak bini Jimang bagaimana, menderita. Anaknya yang sepatutnya dah darjah satu tapi tak disekolahkannya... Dan Jimang yang selalu berulang ke surau tu memang bukan saja tak bertanggungjawab tetapi baik disumbatkan ke Zoo Negara sahaja. Bercakap pasal Zoo Negara, kali terakhir saya pergi ke Zoo Negara adalah pada tahun 1991. Dah lama benar tu, masa tu saya kurus jea. Mungkin sekarang sudah banyak berubah. Mungkin semakin banyak binatangnya. Jimang boleh duduk situ. Boleh kentut kuat-kuat.

Sepatutnya masyarakat kita sudah jauh berubah. Dan sebenarnya patut sangat-sangatlah berubah. Saya tegaskan di sini Jimang mewakili masyarakat Melayu lama yang tak bertanggungjawab pada keluarga dan masyarakat. Hidup cara lama dan tak mahu berikhtiar usaha. Dan suka membanggakan diri...

Contohnya (alamak macam bersyarah pula): Jimang bangga di kedai kopi kat kampung. Dia sorang sahaja yang tak payah bayar bila makan minum sebab dia ada buku (buku hutang). Orang lain tak ada... Hello, eksekius me Jimang! Buku-buku ni orang dah tak main dah. Kat kedai kopi sekarang lepas makan bayar tunai! Pakai buku tu zaman dulu. Tak malu ke? Makan pun berhutang. Tapi awak pelik, awak bangga!

Jan: Tak berniat mengutuk institusi kekeluargaan (perkahwinan), tak ada ayah dan ibu tak adalah kita...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home