Sebagai tenaga pengajar saya tidak ada kuasa untuk meluluskan pelajar. Kadang-kadang tak ada langsung. 100% di luar kawalan saya. Pun ada ketikanya budibucara saya diterima pakai oleh ahli senat untuk meluluskan pelajar yang `hampir lulus' kedudukannya. Saya diminta memperincikan `persembahan' pelajar dalam sepanjang kelas saya.
Semasa diminta perincikan hal sedemikian, saya sebolehnya menjawab dengan ikhlas. Pernah semasa di UiTM dulu saya menjawab " Pelajar ni kalau ambik tiga kali pun tak akan pas". Saya menjawab begitu sebab pelajar tersebut mendapat markah yang sangat rendah walaupun kali kedua mengambil subjek yang sama. Seolah tak belajar apa-apa. Itu pun saya `merayu' supaya antar kertas kerja. Saya menalipon HEP bertanya dan bila saya kol katanya dia sudah balik kampung, di Kuala Lumpur. Ya allah!
Sebenarnya sikap kita dan jawapan kitalah yang meluluskan kita. Bukannya pensyarah. Semasa saya di UM dulu ada pensyarah yang macam singa lapar garangnya. Tiap kali saya dan kawan-kawan seUM berkumpul, nama beliau tak lekang dek bibir, he he he. Tak ada dalam kelasnya dia tidak marahkan kami, setiap kali ada kelas, setiap kali kena marah. Saya ingat bagaimana marahnya dia kepada saya dan kawan saya sebab cuba memberi cadangan yang lebih baik dalah kaedah pembelajaran (he he he). Tetapi akhirnya kami sedar kemarahan itu akhirnya melontar kami ke tempat kami yang berada sekarang...
Mengajar di IPT, pelajarnya telah mencapai piawayang tertentu, mereka bukan budak-budak lagi. Mereka akan lulus dengan baik jika tekun dan berusaha mencari ilmu yang dengan ikhlas. Pelajar saya yang gagal dalam subjek saya bukannya pelajar yang lembap atau bodoh, bukan...
Jan: Cara kita melihat kegagalan tu penting...
No comments:
Post a Comment