Bila saya balik ke Kuantan, hati saya tak tenteram. Saya rasa amat bersalah kerana memarahi emak dan ayah di pagi raya. Sepatutnya saya minta maaf, bukan marahkan mereka. Mereka nak saya bahagia...
Apabila saya sampai ke Kuantan, duka masih berlarutan. Malamnya saya ke East Kost Mall, Kuantan. Seperti biasa kalau saya serabut perut saya akan ke kedai perabut atau kedai buku. Kalau ke pusat beli belah kalau tak ke kedai buku tak sah kunjungan saya ke situ.
Mengenangkan apa yang berlaku di pagi raya, kekadang saya rasa hidup saya tak bererti, Walaupun ada pihak yang beritahu pencapaian saya dalam hidup sudah boleh dikatogerikan sebagai `not bad'. Lantas saya sambar (dengan kad kredit) buku `P Ramlee: Erti yang sakti'.
Balik ke rumah terus saya heret tilam ke ruang tamu, saya mula membaca, pukul 3 pagi baru saya berjaya `habis'kan buku ini. Memang P Ramlee manusia luarbiasa. Walaupun dalam sebulan tak sampai pun 10 hari dia ke sekolah (he he he), dia tidak menjadi seorang yang bodoh dalam kehidupan. Malah menyumbangkan sesuatu yang besar untuk pengukuran pencapaian bangsanya.
Buku ini setebal 400 helaian. Sebenarnya dulu buku ini pernah diterbitkan pada tahun 1999 (cetakan pertama) oleh Pelanduk Publication, dijual dengan harga RM99.90. Pada masa tu ianya sangat mahal dan di luar kemampuan manusia di planet bumi seperti saya. Dulu saya pegang buku ini, dan sematkan dalam hati, suatu hari saya akan membelinya...
Kini MPH pula menerbitkannya (2011). Bagus usaha MPH menerbitkan buku yang membawa maklumat tentang tokoh dan pembangunan bangsa. Tahniah saya ucapkan untuk MPH!. Buku ini dijual dengan harga RM39.90 sahaja.
Rupa-rupanya hidup saya ada juga persamaan dengan P Ramlee...(pulak dah, nak jugak...). Bukan dari segi pencapaian hidup tetapi dari segi masa muda kami tak berapa handsum. Semuanya terserlah apabila melepasi usia remaja. Semasa P Ramlee muda remaja, beliau taklah handsum mana, kurus kediding. Tapi kami tetap bersyukur...Saya tetap bersyukur apa jua kehendakNya.
Dalam buku ini ada disertakan juga pelbagai sinopsis filem dan gambar-gambar cerita dari filem P Ramlee. Saya teruja apabila melihat/membaca cerita `Ibu Mertuaku' (lihat gambar di atas). Cerita ini mengajar saya yang di dunia ini memang ada manusia yang jahat. Tak berhati perut, pentingkan nafsu sendiri, hidup menyusahkan orang. Penipu!