Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, August 10, 2011

seksibani.blogspot.com

Ramadhan ini saya tidak banyak menulis, saya banyak berangan (berangan jenis keagamaan) dan membaca blog kawan-kawan (yang ada di antaranya saya tak kenal pun). Tabik spring saya terhadap blog-blog yang tak henti-henti menulis. Tidak berhenti berkongsi cerita...
Sekarang boleh dikatakan setiap orang ada blog. Ramai sebenarnya boleh menulis. Masing-masing ada daya penariknya yang membezakan antara satu sama lain. Antara blog yang saya selalu singgah untuk tahu isu terkini ialah blog http://seksibani.blogspot.com/
Blog seksibani ini agak berlainan sikit daripada ribuan atau jutaan blog di muka bumi ini. Blog ini pada pendapat saya blog jenis tema berat sikit, namu tema berat itu ada sinis jenaka ringannya. Penulisannya nampak simple tetapi ada benda atau isi yang `tersirat' di dalamnya.
Penulisannya santai tetapi perlu dikupas dengan matang oleh minda kita sebab selalunya ada `sebaliknya' di sebaliknya....bukan sekadar baca. Kalau kita perhatikan, ada posting-posting yang penulis nak beritahu kita selain daripada paparan cerita tersebut.
Saya rasa blog ini temanya agak kritis dari segi pemikiran. Ia bukan blog remaja yang nak cari glamour atau jenis blog nak `market'kan diri supaya orang minat kat kita. Blog ini juga bukan blog dairi diri macam blog saya (yang macam `rojak', he he he).
Di blog ini tak ada tag `kami dah kahwin 2 tahun, 3 bulan, 4 hari dan dua saat", juga tak ada gambar buat peace dengan tangan, tak ada gambar karpet dan pokok (blog saya la tu, he he he), tak ada gambar anak atau suami/isteri. Blognya macam rencana minda gitu.
Saya pun tidak tahu siapa penulis misteri ini sebab blognya tak ada biodata lengkap. Saya buka blog ini selepas saya buka blog sahabat maya saya di blog http://adieachim.blogspot.com/
Namun apa yang penting penulisan beliau menggerakan minda saya. Saya harap suatu hari sebelum saya meninggalkan alam blog, saya mampu menulis dan berkritis seperti penulis blog ini.
Jan: Selamat menyambut ramadhan untuk seksibani.

Pemahaman dan ketidakfahaman kita...



Mak saya beritahu pada bulan ramadhan, syaitan-syaitan dikurung oleh tuhan di suatu tempat, maknanya kalau kita buat jahat juga, itu adalah kita yang sebenar yang gagal berbuat baik. Pendek kata mak saya percaya tuhan kurung syaitan-syaitan tersebut secara `fizikali'.
Saya? Saya mempunyai kefahaman berlainan (berbanding dengan mak saya), saya melihat syaitan-syaitan dibelenggu/dikurung dalam bentuk majaz (kiasan/simbolisme). Saya percaya syaitan terbelenggu dan terikat bagi orang yang benar-benar berpuasa dan menjaga adab dan syarat-syaratnya sahaja. Maksud saya bukan semata puasa perut tetapi juga telinga, mulut dan mata, dan segalanya. Contohnya, bukannya sekadar puasa tetapi masih galak menikmati batang tubuh remaja yang montok, gebu dan mengundang (mengundang rasa ghairah).
Namun saya tidak boleh menulis banyak pasal agama sebab pengetahuan saya sangat cetek dan biasa-biasa sahaja. Pembelajaran agama saya daripada aktiviti membaca, melihat jawapan orang yang ada kelulusan agama dalam bidangnya dan melalui forum agama di TV. Namun saya tahu ada ustad yang mengikuti blog saya, saya percaya beliau akan membetulkan jika pandangan saya salah sama sekali.
Saya suka membaca soal jawab agama, terutama mengenai pandangan yang berlainan. Bukan setakat hukum hakam sahaja. Namun saya selalu rasa takut, saya khuatir saya berfikir hanya menggunakan logik akal. Namun kaedah logik akal juga penting untuk kita tahu terutama apabila berhadapan dengan budak-budak yang tanya pasal agama, atau orang yang baru peluk agama islam.
Syaitan akan dibelenggu mungkin juga bermaksud, kekalahan atau keletihan syaitan tersebut (give-up) dan berjayanya kita terhindar daripada kejahatan dan hasutan mereka. Syaitan itu menjadi lemah untuk melakukan tipu daya/ tipu muslihat dan seangkatan dengannya. Hanya tuhan yang tahu.
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa rasulullah SAW bersabda,
" Apabila telah masuk bulan ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelenggu syaitan-syaitan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Jan: Ada juga syaitan dari kalangan manusia...he he he.

Tuesday, August 9, 2011

Duit raya, baju mak dan salah kita

Contoh shopping kompleks yang digemari





Semalam sedang saya makan kek yang adik saya buat, saya terdengar berita yang pesara akan dapat duit raya RM500 seorang. Ini tentu mengembirakan mak saya. Sudah dua tiga hari dia sebut Najib (PM kita) akan beri duit raya. Saya berseloroh, bangkraplah negara kalau beri banyak, kalau sikit tak apa. Apa-apa pun kita kena syukur.



Sekarang tugas saya ialah menjauhkan emak saya dari kedai kain. Dengan duit RM500 tersebut mungkin mak saya masih nak beli kain pasang untuk dibuat baju raya. Mak saya ni selain dari hobi suka ambil tahu hal kisah rumahtangga orang (sama macam hobii saya), mak saya juga suka beli kain pasang.


Sebenarnya sebelum ramadhan saya dah beli 3 pasang kain untuk dibuat baju raya. Ada yang RM150 lebih sepasang.Tapi minggu lepas saya terkejut bila mak saya datang untuk berpuasa dengan saya, mak saya siap pakai baju yang kainnya saya beli! Baju raya dah jadi baju ramadhan. Pulak dah!



Tetapi posting ini bukan pasal baju ramadhan, ia pasal duit raya RM500 tersebut. Katanya penjawat awan akan dapat setengah gaji sebagai duit raya. Kalau nak kira memang la tak cukup untuk beraya tetapi tujuan pemberian tersebut khabarnya untuk meringankan perbelanjaan raya rakyat.


Saya rasa kita patut bersyukur sebab bolehlah beli sekor dua ayam dan buat nasi minyak. Kalau tak cukup tu kira salah kita juga kan sebab tak menabung daripada awal tahun...he he he.



Jan: Mengaku salah...

Thursday, August 4, 2011

Cerita ayam golek

Ayam golek tergolek atas pinggang.


Semalam ketika saya asyik mengatur Cd-Cd Datuk Sharifah Aini (sebab ada kawan-kawan nak datang berbuka, kenalah kemaskan sikit rumah. Nanti apa kata kawan, duduk bujang rumah berkubang hanyar tunggang langgang), saya terdengar berita di TV. Antaranya pemberita itu berkata "Bazar Ramadhan menjadi syurga peniaga" (lebih kurang)...
Saya terus berhenti mengatur CD di atas rak (rak putih) dan duduk lepak sekejap atas Sofa L kulit (kulit betul), tengok/dengar berita tersebut. Huh! memanglah syurga kalau jual makanan mahal giler!.
Saya teringat cerita-ceriti kawan saya ketika kami mengumpat pasal ada peniaga yang `cekik darah'. Ada yang jual sup kena beli sebungkus plastik RM5. Kita tak dibolehkan beli RM2 ke RM3 ke RM4 ke. Dan dalam plastik berbungkus ada 5 ketul. Kita beli dia akan bilang dan masukan 5 ketul. Maka sahlah seketul RM1! (memanglah matematik moden SPM saya dapat 8 tapi jangan nak tipu saya). Kenapa tak boleh beli seringgit?. Macam saya ni duduk sorang, tak kan nak makan 5 ketul? Huh!
Dan ada satu cerita sadis (ramadhan lepas di Muadzam) di mana seorang pak cik `memujuk paksa' saya. Saya nak beli ayam golek (ayam percik) sebelah jea. Tapi dia suruh beli seekor!. Dia buat saya serba salah. Saya pulak sebagai seleberiti terus saja beli. Penyudahnya 3 hari berbuka pun tak habis lagi ayam golek tersebut...tapi salah saya juga kan?...
Jan: Tapi ayam golek dia masak best! (pulak dah)

Wednesday, August 3, 2011

Mahal sangat nyah oii!

Puting beliung landa bazar ramadhan...(sekadar hiasan)

Saya berpendapat ramai peniaga bazar ramadan ambil kesempatan atas bulan ramadhan. Saya bukan dengki tetapi berpengalaman dalam hal ini. Maksud saya, saya pernah aktif dalam aktiviti membeli makanan untuk berbuka/bersahur.
Sekarang pulut panggang (orang kampung saya panggil pulut lepa) yang bersaiz kecil jea harganya 50 sen satu! Nasi Dagang bersama ikan tongkol besar 2 jari (tanpa acar dan segalanya) RM5!.
Adakah saya je yang "kisah?" Orang lain kata "Ada aku kisah?".
Kalau boleh pertahankan harga yang ada pun kira okey. Tetapi ramadhan benar-benar dieksploitasikan oleh peniaga (bukan semua). Sebab tulah saya tak hairan langsung bila mereka war-warkan untung berniaga di bulan ramadhan seolah mendapat untung setahun berniaga! Saya tak hairan besar kumang pun!
Bukankah pada musim ramadhan kita boleh turunkan sikit harga kita? Biar untung kita turun sikit atau untung macam biasa, sebab bulan ramadhan kita kira itu sebagai tindakan bersedekah dan memberi orang puasa berbuka?
Atau kita jual je ikut `harga bulan tak ramadhan'. Sebab kalau ginilah gayanya bulan ramadhan adalah bulan menambah beban kewangan.
Jan: Mak kisah nyah!

Tuesday, August 2, 2011

Tok Aji Serban (kehendak dunia batinku)

Semalam sebelum pulang ke rumah, saya singgah di bazar depan taman perumahan saya. Saja nak meninjau keadaannya. Nak tinjau banyak perkara. Oleh kerana pada masa tersebut dah nak dekat pukul 7 petang, saya dapati banyak makanan dah habis.
Saya hajat nak makan kueh tok aji sereban. Entahlah, tiba-tiba rasa nak makan. Jarang orang jual kueh tok aji sereban. Kalau bulan puasa mungkin ada. Sebab tu saya cari.


Tok Aji Serban... di mana kau?



Tetapi tak ada dijual pun tok aji serban. Pada itu saya perati. Rata-rata makanan mahal...? Atau saya yang tak ada duit? Contohnya saya dapati kueh beleder (agar-agar) simple (yang bubuh sirap sahaja) 3 keping untuk nilai wang seringgit. Kepingan itu amat kecil...



Saya tak beli sebarang kueh, tok aji serban tak ada galang gantinya...



Saya dapati ikan juga mahal harganya, ikan kembung harganya RM4. Dan sayur tak boleh beli sedikit! Saya rasa kalau orang yang ada keluarga ramai, lebih menjimatkan kalau masak. Kalau masak lebih boleh pakat tukar dengan jiran-jiran. Tapi entahlah, mungkin tak ada masa. Tapi kalau ada masa bertukar masakan best jugak kan?.



Walaupun saya tak beli apa-apa, saya sampai rumah lewat sebab saya habiskan masa mencari kereta saya. Saya tak ingat saya parking kat mana...



Jan: Saya menahan lapar, dahaga, letih dan hampa...

Monday, August 1, 2011

Perihal malas nak bangun sahur...



Tiada posting hari ini... Tapi saya telah mengubah fikiran saya. Sebabnya? Sebabnya tadi seorang kawan saya beritahu yang ramai menunggu posting saya sempena ramadhan.
Sebelumnya saya beritahu kawan saya yang saya tak ada idea dan saya tidak kreatif... (saya buat-buat mengada, he he he). Tetapi betul la kan? Perasan tak? Saya suka cerita hal diri saya dalam blog. Cerita hal rencah hidup saya bukannya best sangat tetapi saya teruskan jua mepostingkannya. He he he.
Tetapi memang kadang-kadang tak ada apa yang nak diceritakan. Nak cerita hal bini yang cerewet dan tak pernah nak faham jiwa, bini tak ada. Hendak bercerita hal anak yang selalu ada masalah sosial, contohnya anak perempuan sulung suka membonceng motor dengan budak lelaki kat kawasan perumahan, anak tak ada.
Itulah sebabnya saya selalu cerita pasal emak saya...atau rumahtangga kawan-kawan saya yang nampak tenang di permukaannya...
Maka saya nak buat satu posting bertajuknya ` Kalau nak menipu kena fikirkan implikasi penipuan tersebut sedalam-dalamnya". Panjang tajuk ni kan?
Ceritanya begini... Eh, rasa serba salah pula nak bercerita sebab seolah-olah membuka aib sendiri... Tapi cerita ini taklah sampai tahap tulis dalam blog yang `aku dah tak ada dara, aku pernah main dengan beruang '. Memanglah blog sendiri tetapi mendedahkan aib orang dan diri adalah satu perkara yang tidak menyelesakan, kan?
Saya cerita ya? Peristiwa ini berlaku semasa saya belajar di UM, menyewa di Bangsar. Dulu TV3 dekat bangsar, saya menyewa betul-betul depan TV3, menghadap jalan besar. Bawah kedai, tingkat satu pejabat, atas sekali tempat saya menyewa bersama kawan-kawan. Kawan seuniversiti dan juga kawan-kawan budak kilang.
Ceritanya perihal saya menghasut kawan-kawan saya supaya menipu. Kalau diingatkan `power' juga kuasa pujukan saya. Lilin boleh cair... Tapi dulu, sekarang saya dah tak reti nak pujuk orang. Saya kembali pada cerita dasar....
Di rumah sewa kami, kami buat giliran untuk menyediakan sahur. Taklah perlu semua bangun dan sediakan sahur. Kira 2 orang akan bangun awal, masak nasi dan siapkan sahur, dan gerak kawan-kawan lain untuk sahur.
Pada malam tersebut adalah malam giliran saya dan seorang kawan lagi untuk menyediakan sahur. Sebenarnya pada malam itu saya asyik duduk mendengar cerita sedih kawan saya yang kekasihnya tidak suka kepadanya sebab dia kerja kilang sahaja. Rupanya memang sejak dahulu lagi saya suka dengar cerita orang, he he he. Cerita punya cerita sampai pukul 3 pagi. Saya rasa saya malas nak tidur dan bangun semula untuk sediakan sahur.
Maka pertamanya saya beritahu kawan saya yang sama giliran supaya bersahur awal. Saya cadangkan ubah jam di dinding jadi pukul 5 pagi. Sebelum itu saya pujuk dua orang kawan lain yang sedang main kereng (mainan yang kita kena jentik dalam lubang yang ada pada papan empat segi) di ruang tamu. Saya beritahu apa salahnya kalau kita sahur awal? Kawan-kawan lain tak akan marah sebab kita ubah jam jadi pukul 5.
Maka saya masuk ke bilik kawan-kawan saya secara perlahan-lahan dan ubah jam mereka ke 5 pagi. Dulu mana ada handphone... senang kerja. Saya ambil jam tangan Anuar dan jam locengnya, saya setkan pukul 5. he he he. Anuar ini kawan saya yang paling bengkeng (bengis). Dia juga ambik ekonomi di UM.
Maka masa makan tersebut saya buat-buat biasa sahaja. Saya pandai berlakon. Bila habis makan kami duduk bersandar, ada yang hisap rokok dan berbual-bual. Lama kemudian seorang kawan saya (Anuar tersebut) berkata " Eh tak dengar pun bang, biasanya dah masuk waktu subuh"
Saya lihat jam di dinding rumah sewa kami dengan perasaan gelabah. Dan gelabahnya bertambah apabila Anuar kata "Dah masuk waktu ni". Dan dia terus menuju bilik air ambil air semayang. Masa tu saya terkedu. Dan kawan-kawan sesubahat dengan saya memandang serius giler ke arah saya.
Saya tak tahu apa nak buat, saya tersenyap seketika. Saya tak berani nak beritahu yang subuh tak masuk lagi, saya tak berani beritahu saya sengaja ubah jarum jam sebab malas nak bangun semula. Saya tak berani sebab dia kasar sikit orangnya dan suka mencarut kalau tak puas hati.
Saya rasa sangat berdosa kerana saya sembahyang kawan saya sia-sia. Saya kumpul segala kekuatan, kemudian saya perlahan-lahan buka pintu bilik Anuar (juga bilik saya), dan saya lihat kawan saya itu sedang berdoa sebab dah selesai sembahyang subuh!
Perlahan-lahan saya pergi dekat dia, saya duduk bersimpoh tepi sejadahnya dan saya pegang tangan dia... Saya minta ampun dunia akhirat.
Jan: he he he.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home