Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, August 1, 2011

Perihal malas nak bangun sahur...



Tiada posting hari ini... Tapi saya telah mengubah fikiran saya. Sebabnya? Sebabnya tadi seorang kawan saya beritahu yang ramai menunggu posting saya sempena ramadhan.
Sebelumnya saya beritahu kawan saya yang saya tak ada idea dan saya tidak kreatif... (saya buat-buat mengada, he he he). Tetapi betul la kan? Perasan tak? Saya suka cerita hal diri saya dalam blog. Cerita hal rencah hidup saya bukannya best sangat tetapi saya teruskan jua mepostingkannya. He he he.
Tetapi memang kadang-kadang tak ada apa yang nak diceritakan. Nak cerita hal bini yang cerewet dan tak pernah nak faham jiwa, bini tak ada. Hendak bercerita hal anak yang selalu ada masalah sosial, contohnya anak perempuan sulung suka membonceng motor dengan budak lelaki kat kawasan perumahan, anak tak ada.
Itulah sebabnya saya selalu cerita pasal emak saya...atau rumahtangga kawan-kawan saya yang nampak tenang di permukaannya...
Maka saya nak buat satu posting bertajuknya ` Kalau nak menipu kena fikirkan implikasi penipuan tersebut sedalam-dalamnya". Panjang tajuk ni kan?
Ceritanya begini... Eh, rasa serba salah pula nak bercerita sebab seolah-olah membuka aib sendiri... Tapi cerita ini taklah sampai tahap tulis dalam blog yang `aku dah tak ada dara, aku pernah main dengan beruang '. Memanglah blog sendiri tetapi mendedahkan aib orang dan diri adalah satu perkara yang tidak menyelesakan, kan?
Saya cerita ya? Peristiwa ini berlaku semasa saya belajar di UM, menyewa di Bangsar. Dulu TV3 dekat bangsar, saya menyewa betul-betul depan TV3, menghadap jalan besar. Bawah kedai, tingkat satu pejabat, atas sekali tempat saya menyewa bersama kawan-kawan. Kawan seuniversiti dan juga kawan-kawan budak kilang.
Ceritanya perihal saya menghasut kawan-kawan saya supaya menipu. Kalau diingatkan `power' juga kuasa pujukan saya. Lilin boleh cair... Tapi dulu, sekarang saya dah tak reti nak pujuk orang. Saya kembali pada cerita dasar....
Di rumah sewa kami, kami buat giliran untuk menyediakan sahur. Taklah perlu semua bangun dan sediakan sahur. Kira 2 orang akan bangun awal, masak nasi dan siapkan sahur, dan gerak kawan-kawan lain untuk sahur.
Pada malam tersebut adalah malam giliran saya dan seorang kawan lagi untuk menyediakan sahur. Sebenarnya pada malam itu saya asyik duduk mendengar cerita sedih kawan saya yang kekasihnya tidak suka kepadanya sebab dia kerja kilang sahaja. Rupanya memang sejak dahulu lagi saya suka dengar cerita orang, he he he. Cerita punya cerita sampai pukul 3 pagi. Saya rasa saya malas nak tidur dan bangun semula untuk sediakan sahur.
Maka pertamanya saya beritahu kawan saya yang sama giliran supaya bersahur awal. Saya cadangkan ubah jam di dinding jadi pukul 5 pagi. Sebelum itu saya pujuk dua orang kawan lain yang sedang main kereng (mainan yang kita kena jentik dalam lubang yang ada pada papan empat segi) di ruang tamu. Saya beritahu apa salahnya kalau kita sahur awal? Kawan-kawan lain tak akan marah sebab kita ubah jam jadi pukul 5.
Maka saya masuk ke bilik kawan-kawan saya secara perlahan-lahan dan ubah jam mereka ke 5 pagi. Dulu mana ada handphone... senang kerja. Saya ambil jam tangan Anuar dan jam locengnya, saya setkan pukul 5. he he he. Anuar ini kawan saya yang paling bengkeng (bengis). Dia juga ambik ekonomi di UM.
Maka masa makan tersebut saya buat-buat biasa sahaja. Saya pandai berlakon. Bila habis makan kami duduk bersandar, ada yang hisap rokok dan berbual-bual. Lama kemudian seorang kawan saya (Anuar tersebut) berkata " Eh tak dengar pun bang, biasanya dah masuk waktu subuh"
Saya lihat jam di dinding rumah sewa kami dengan perasaan gelabah. Dan gelabahnya bertambah apabila Anuar kata "Dah masuk waktu ni". Dan dia terus menuju bilik air ambil air semayang. Masa tu saya terkedu. Dan kawan-kawan sesubahat dengan saya memandang serius giler ke arah saya.
Saya tak tahu apa nak buat, saya tersenyap seketika. Saya tak berani nak beritahu yang subuh tak masuk lagi, saya tak berani beritahu saya sengaja ubah jarum jam sebab malas nak bangun semula. Saya tak berani sebab dia kasar sikit orangnya dan suka mencarut kalau tak puas hati.
Saya rasa sangat berdosa kerana saya sembahyang kawan saya sia-sia. Saya kumpul segala kekuatan, kemudian saya perlahan-lahan buka pintu bilik Anuar (juga bilik saya), dan saya lihat kawan saya itu sedang berdoa sebab dah selesai sembahyang subuh!
Perlahan-lahan saya pergi dekat dia, saya duduk bersimpoh tepi sejadahnya dan saya pegang tangan dia... Saya minta ampun dunia akhirat.
Jan: he he he.

1 comment:

Safinaz Eurieqa said...

satu kenangan yang manis ketika zaman belajar...^_^

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home