Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, December 15, 2010

Wang dan pernafasan kita...

Kalau saya katakan nak bernafas pun kita perlukan wang, ada orang setuju ke tak? Kalau saya kata wang penting seperti air, udara dan darah?


Bernafas di sini bukan bermaksud menukarkan oksigen menjadi karbondioksida ataupun proses fotosintisis, tetapi untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kalau kita fikir dalam-dalam memang begitu, iaitu kita bernafas atas kelangsungan duit (tetapi jangan beritahu kepada ahli sufi atau tasauf, jawapan mereka sangat berbeza, iaitu kita bernafas kerana allah, daripada allah kepada allah).


Ada orang kita lihat hidup senang lenang gayanya. Cemburu rasa, mereka boleh beli 7 pasu berwarna putih, tunai!. lalu kita kata yang dia kaya mungkin sebab keluarga dia sedia kaya raya. Untung benar kerana datang daripada keluarga kaya kan?(kita tak pernah fikir yang datang daripada keluarga kaya pun ada bebanannya, iaitu mungkin kita tak pandai urus wang! yang kaya-raya ayah kita. Maka bukan sedikit kita dengar cerita kekayaan menyusut bila ibu bapa meninggal dan anak ambil alih kekayaan. Anak tak bijak sambung kekayaan)

Ada orang miskin dan tidak selesa kehidupannya,rumah bocor sana sini. Harga buat pagar rumah kita mungkin lebih mahal daripada pondok buruknya.Bila kita tanam pokok bunga dalam pasu yang berkilat dan mahal. Mereka tanam dalam tin milo je! Dia tidak ada apa-apa yang nak dibanggakan kecuali anak yang ramai dan isteri yang tak seberapa (satu saja). Mereka memiliki hanya antara satu sama lain masing-masing...(baca dengan nada sedih seolah tidak dapat beli pasu berwarna putih)

Dan ada yang kita lihat keluarga mereka sedang-sedang jea...Suami isteri dan anak-anak serba sederhana, namun petang-petang dapat bawak anakbini/anaksuami jalan-jalan di Taman Gelora,oder rojak yang best, sepinggang makan 2 orang. Mereka cukup kain, semua anak perempuan daripada yang sulung sampai yang kecil setahun jagung menutup rambut. Mereka pergi dengan kereta Moris Marina (kereta model lama tapi berkilat sebab selalu jaga dengan molek, sebab susah nak dapat sebab tak ada duit, bila dapat sayang sangat-sangat).


Apa-apa pun kita mesti menghadapi realiti kehidupan kita. Sama ada kita kaya, miskin dan sedang-sedang, sentiasa ada kemungkinan untuk kita memiskinkan lagi diri kita jika salah langkah. Kena masing-masing beringat. Sama ada kita daripada keluarga kaya yang bermuka dinasor, atau miskin tapi handsum atau yang sedang-sedang saja, kita bertanggungjawab ke atas diri kita sendiri dalam mengurus kewangan peribadi kita. Ianya tak ada kaitan langsung dengan keluarga kita atau gaji kita. Kita akan susah nak bernafas bila kita gagal uruskannya perbelanjaan peribadi/isirumah kita.Rumah besar, kereta besar, berbini seolah bersaling baju pun akan sesak nafas bila duit tak dapat diuruskan dengan baik.

Cuba kita campur hutang rumah dan hutang kereta kita (kita jangan sebut kita beli rumah atau beli kereta, he he eh), dua perkara tersebut berapa peratus daripada jumlah pendapatan isi rumah kita? Contohnya kita kena bayar rumah RM800 sebulan dan kereta RM800 sebulan jadi RM1600 sebulan. Kita `per'kan dengan gaji kita katakan RM3500 dan kali 100 (untuk cari peratusan). Maka kita dapati 45.7% telah dihabiskan kepada 2 perkara tersebut...

Cuba kita buat dengan gaji kita (yang berkahwin kena campur dengan gaji suami/isteri dan pendapatan lain kalau ada). Kalau masih tak ada suami/isteri mungkin boleh ditambahkan dalam senarai azam tahun baru, iaitu giat mencari... tacklelah sapa-sapa yang lalu kalau terdesak sangat (tetapi terpulanglah kalau malas nak cari, nak hidup sorang. Senang!..., he he he).

Kita kembali kepada topik posting. Oh ya, Adakah peratusan tersebut melebihi 50% daripada pendapatan isirumah? Atau sampai hingga 70%? Atau tak sampai pun 50%?

Jangan terkejut ramai yang rata-ratanya sampai 70% terutama yang tinggal di bandar-bandar besar. Dan lebihan 30% tersebutlah yang kena sangat dibelanjakan dengan bukannya berjimat tetapi sangat berjimat.Kena bayar itu ini depan belakang...

Kadang-kadang memikirkan pasal wang ni buat kita sesak nafas dan tak lena tidur malam. Tapi apa-apa pun kita kenalah urus kewangan peribadi kita sendiri sebab kita nak bernafas dalam sejahtera, kita nak tidur lena.

Sebenarnya untuk pembayaran rumah dan kereta pun telah memakan jumlah yang besar, tak dicampur lagi dengan perbelanjaan makan minum... Tetapi peratusan tersebut akan turun juga, dan kuasa beli kita terhadap barang lain akan meningkat sebab gaji kita tiap tahun akan naik (bagi yang makan gaji dan andaian inflasi tidak seketara mana tingginya). Walaupun sikit saja kenaikannya ia akan menyumbangkan jumlah yang besar juga bila bertahun, katalah kalau RM80 setahun? Lima tahun jadi berapa? Kiralah sendiri. Tapi dengan syarat iaitu perbelanjaan jangan bertambah sangat seperti jangan tambah hutang, jangan tambah dapur, jangan tambah kereta dan jangan tambah anak, he he he.

Jan: Berazam nak jaga kewangan peribadi dengan lebih elok, sebab nak bernafas dengan elok pada hari tua, insyallah.

Kad kredit suplimeng

"Man kalau awak ada anak, awak wi tak mereka kad kredit Supplemen?" Seorang kawan pernah bertanya kepada saya.
Saya tahu sekarang ada pelajar saya yang pakai kad kredit yang ayah dia beri. Saya tidak kata itu suatu kesalahan. Ia bergantung kepada kemampuan ibubapa, kepercayaan berbelanja anak, dan cara ibubapa tersebut berfikir. Tapi saya ni lain sikit, saya ada lain pemikiran...mungkin ramai yang tak setuju...dan cop saya kedekut.
Kepada saya dunia remaja adalah suatu dunia yang tanpa was-was. Kepada pembaca yang pernah melaluinya akan memahami maksud was-was saya tersebut, dan kalau ada pembaca remaja membaca penulisan ini, anggaplah ia suatu pendapat.
Saya berpendapat jikalau golongan remaja ini berupaya untuk berbelanja tanpa was-was tentu mereka akan parah bila mereka hidup di dunia nyata setelah meninggalkan alam pendidikan formal ini. Memang best membeli belah atau berseronok dengan kawan-kawan. Tetapi persoalannya ialah adakah patut mereka merasai kesenangan tersebut sebelum mereka kenal erti mencari wang? Erti turun pagi balik petang? Dan apakah itu sebenarnya bernama gaji?
Saya bukan kedekut tetapi mungkin berfikiran sedikit kolot. Saya berpendapat kesenangan yang diberikan kepada anak-anak harus berpada-pada dan tak salah kiranya kalau kita berikan sedikit `kepayahan' kepada mereka. Agar mereka tak `serapuh' biskut...
Memang kita nak mereka senang dan lancar tetapi salahkah mengajar mereka duit itu susah juga nak dapat, kena kerja kuat...
Kita percaya kononnya tabiat perbelanjaan mereka ok. Mereka akan beli buku dan keperluan sahaja... Tabiat berbelanja sebenarnya datang daripada mana? Cara/corak pembelanjaan anak-anak kita sebenarnya mengikut tabiat kita, mereka didedahkan daripada awal oleh cara/corak perbelanjaan peribadi kita secara tak sengaja... Mereka melihat cara kita membeli dan menyoping.
Dan cara/corak perbelanjaan kewangan peribadi kita bagaimana? He he he.
Jan: Maaf yea...he he

Godaan untuk berbelanja...

Kebahagiaan sangat berkaitan dengan wang. Mungkin ada yang tak bersependapat dengan saya kononnya kebahagian tu tiada kaitan langsung dengan wang. Kononnya ia berkaitan dengan ketenangan hidup (ya la macam mana nak tenang hidup kalau bank dok kol sokmo sebab tak bayar lon...). Saya tak kisah sebab itu pendapat mereka. Dan sesungguhnya blog ini blog saya walaupun Adnan (kawan saya) yang membinanya namun saya yang menulisnya...he he he.
Mungkin ada yang hairan jika saya beritahu insan seperti saya boleh bahagia dengan hanya membeli pasu (bukannya dengan percutian yang berharga ribuan ringgit). Ringkasnya pasu bawak bahagia ke dalam hidup saya. Pelik tapi benar, Azniza (kawan saya) memahami perkara sebegini, dia sentiasa memahamai dan mengerti. Dan sekarang apatah lagi jika pasu tersebut berwarna putih! (maklumlah treng sekarang warna putih, semua nak diputihkan macam mangkuk tandas).
Melambai-lambai pasu yang terdisplay tersebut ke tangkai jantung hati saya. Dan memang 8 kali saya lalu depan kedai tersebut tetapi saya buat-buat tak tahu. Terasa ringan je kad kredit saya yang tersimpan damai dalam dompet saya yang berharga RM10. Rasa tak payah mana untuk ambil daripada dompet, keluarkan kad dan layangkan depan muka pekedai dan dia terus zak di mesen.... Tak payah mana... Namun saya cepat-cepat berfikir saya baru beli LCD dan rak buku... lalu ghairah saya terpotong stimnnya.
Memang saya berdebar, saya ke kedai makan dan makan seorang diri untuk menghilangkan godaan tersebut. Sambil menjamah nasi lemak tersebut saya masih terbayang kilauan jernih pasu tersebut dan alangkah indahnya kalau saya letakannya di rak buku putih yang baru saya kadkreditkan pada minggu lepas. Tentu sambil lalu atau ke bilik air, sempat saya menjeling dan tersenyum melihat terletak molek pasu tersebut di atas rak putih. Pasu putih diletak di rak putih, alangkah bahagianya! Ya allah... tersebut saya nama yang maha kuasa daripada mulut saya... Saya berhenti seketika makan nasi dengan tiba-tiba. Ya saya menahan nafsu! Bukan nafsu seks yang membuak tetapi nafsu nak membeli pasu yang membuak-buak...
Saya percaya godaan untuk berbelanja ni dirasai oleh ramai orang kepada barang yang berlainan, yang mereka suka. Dan mereka mengatasinya dengan pelbagai cara. Mungkin dengan cara membelinya! He he he.
Bagaimana cara kita nak atasi setiap godaan yang menerpa kepada kita ya? Bagaimana kita nak kawal rasa hati kita ya? Ramai yang mencuba tetapi ramai yang gagal dengan cemerlang...he he he.
Mungkin kita kena zuhud? Atau pergi hidup di pondok belajar agama dengan mendalam? Atau masuk tabligh dan usung periuk belanga dari surau ke surau? Mungkin? Mungkingkan kita jenis itu? He he he... Tak mungkin kot, he he he.
Bagaimana? Bagaimana? Oh oh...oooh (baca dengan nada ikhlas)
Jan: Sekali lagi penulisan ini hanya untuk menimbulkan persoalan...jangan marah, he he he

Tuesday, December 14, 2010

Sandarkan pada kenangan: Bahagian 2

Sebenarnya masa depan kita sebenarnya tidak menentu walaupun kita boleh merancang...sekurangnya bagi saya. Zaman persekolahan saya, saya tak gunakan sepenuhnya untuk belajar. Saya akui. Kalau ada yang nak lemparkan kata-kata sebegitu, saya reda. Tapi pastilah tak akan ada sesiapa yang nak campur tangan dalam hidup saya. Saya bukan seleberiti lagi.
Mati hidup balik pun saya tak menduga saya akan menjadi pensyarah. Namun saya akui saya selalu dikelilingi oleh orang yang cerdik daripada darjah satu. Sebabnya ayah saya selalu beritahu `kita kena berkawan dengan orang yang cerdik' (walaupun mereka malas belajar? he he he). Mungkin kecerdikan mereka terpias atau merencik ke hidup saya. Dan sampai sekarang saya dikatakan berada di kalangan orang yang cerdik walaupun saya tidak cerdik mana? Benarkah?.
Persekolahan menengah dulu amat seronok. Kami tak ada banyak tuisyen atau kena bawa buku yang tebal-tebal. Tak adalah mutar itik macam sekarang, lihat pelajar kita... kesian pun ada bila mereka tak dapat result yang baik.
Kehidupan dulu seronok, kami tak ada handphone atau internate. Tak ada playstation, Xbox belum wujud. Kami main Monopoly, Scrabble dan Dam Ular (yang ada tangga dan bila kena makan dek ular kita jatuh ke nombor sebelumnya).
Kami ke sekolah dengan sangat gembira. Cikgu kami sangat sayang kepada kami walaupun kami bukan anak mereka. Malah ada yang kami panggil mama. Cikgu kami lebih sayang kepada kami daripada kelab sekolah yang mereka pegang... kami tahu... berbeza dengan kini...
jan: Semua bangun! terimaaa kasihhhh cikguuuuu...!





Pengurusan kewangan peribadi

Topik ni paling saya tak suka. Saya tak layak menulisnya kerana saya letakan diri saya sebagai seorang yang gagal menguruskan kewangan peribadi. Walaupun saya berpengetahuan dalam bidang ekonomi, topik pengurusan kewangan peribadi asing bagi saya...(walaupun hakikatnya saya berdampingan mesra dengannya tiap hari. Iaitu tiap hari kita kena urus kewangan peribadi kita)


Kebanyakan orang merasa malu dan serba salah bila membincangkan soal ni. Bila berjumpa kawan pemborakan tertumpu kepada hal orang lain dan diselang selikan dengan siri-siri umpatan yang kadang-kadang kita tak kenal pun dengan orang yang kita umpat. Aneh! Tetapi selamat datang ke dunia. He he he.


Tiada subjek pengurusan kewangan peribadi diajar di tadika, sekolah, kolej atau universiti. Tiada dalam silibus yang mengajar kita iaitu bila dapat gaji kita kena tolak perbelanjaan mana dulu, kena simpan banyak mana dulu. Setidaknya pada saya itulah yang berlaku. Tiada saya pernah mengambil subjek yang maha penting itu. Adakah subjek tersebut ada ditawarkan?. Dan kalau ada dan kalau saya jadi menteri pendidikan, saya akan wajibkan subjek iti. Wajib totally. Sebabnya?


Sebabnya duit makan bahagia. Maksud saya duit mempunyai kuasa untuk memperondak perandakan, menyusahkan, memburukan dan melemahkan kehidupan kita. Ramai orang tidak mahir dalam menguruskan duit mereka sendiri. Hatta seorang analisis ekonomi pun mempunyai masalah kewangannya sendiri. Seorang pegawai atau manager bank yang meluluskan penjaman berjumlahan berjutaan ringgit pun mungkin menghadapi masalah kad kredit. Sekali lagi selamat datang ke dunia nyata dan mengenali manusia, he he he.


Ini memang menyakitkan sekaligus membingungkan. Sama ada kita solo atau berduet (berkahwin) kita sama-sama berpeluang untuk hidup susah dan tak bahagia bila duit menguasai kita... Dan adakah kita akan membiarkan keadaan tersebut berlaku, berterusan bertahun...?


Pandangan kita terhadap wang adalah remeh tetapi apa wang boleh buat pada kita adalah suatu yang maha hebat. Sama ada kita bekerja sebagai drebar, perempuan/lelaki simpanan (sama ada simpanan tetap atau berubah), surirumah, peguam, penyanyi, cikgu dan sebagainya kita tetap berpeluang. Sama ada kita seorang yang ambil SPM 3 kali atau ada PHD, kita tetap berpeluang. Iaitu berpeluang untuk hidup huru-hara sebab kuasa wang tersebut.


Kalau keupayaan seks kita tak sampai ke kemuncak, kita dan pasangan kita yang jadi mangsa saling terkulai terdiam membisu. Begitu jugalah dengan masalah mengurus kewangan peribadi, iaitu kita menderita kebisuan. Jangan pandang remeh sebab ada segelintir orang yang membunuh diri atau bunuh anak bini, bunuh jiran kerana masalah muflis ini...


Seperti biasa penulisan saya bukan untuk mencari jalan atau penyelesaian, iannya hanya sekadar menimbulkan persoalan (huh! pulak dah). Persoalan yang kita sendirilah yang bertanggungjawab cari jalan untuk kembali bahagia sebab duit makan bahagia kita.
Bagaimana ya kalau kita berjumpa kawan kita, kita ketepikan dulu umpatan mengenai pelakon, ahli politik, kerajaan, kawan sekerja kita yang handsum dan not bad yang tak kawin-kawin (sayalah tu, he he he). Kita berhenti mengumpat dulu. Kita saling bertanya mengenai pengurusan kewangan peribadi. Masalah dan cabarannya dan bagainana kita kendalikannya. Masing-masing boleh ambil pengetahuan sebab ia mungkin boleh memberi input dan kesedaran. Kita tak sah lah hairan sangat mengenai tudung jenis apa tu (tudung jenis sekerat? ) yang Datuk Siti Nurhaliza pakai. Kita bincang dulu mengenai pengurusan kewangan peribadi dengan mendalam...
Jan: malu la pulak nak bincang dengan kawan-kawan...nanti dia tahu saya tak ada duit...(pulak dah!!!)

Monday, December 13, 2010

Sandarkan pada kenangan...

Saya yang duduk atas kerusi di sebelah cikgu Lim



Saya jarang gila berFB. Sebabnya? Saya tak pandai bersembang dan saya seorang yang membosankan bila bersembangan. Tetapi minggu lepas saya berpeluang berFB di rumah kakak saya. saya ber FB di taman mininya.
Saya terkejut sebab kali ini dah dekat nak 100 yang request saya. Emm... terkenal ke saya ni, he he he. Dulu memang dah sampai dekat 500 sebab saya terima je termasuk sesiapa yang saya tak kenal. Tetapi kini saya akui saya tak terlayan...akhirnya saya remove sebab saya tak kenal pun..dan tak aktif.
Namun petang tersebut saya teruja kerana rupa-rupanya kawan-kawan lama saya telah berFB di antara mereka. Mereka adalah kawan-kawan bersekolah di Sekolah Menengah Tengku Mahmud yang dah 20 tahun lebih saya tak jumpa mata.
Saya ada buka akaun mereka dan lihat gambar mereka di FB mereka. Bukan main sekarang mereka telah membangun dengan hebatnya. Mereka kelihatan lebih menarik daripada zaman persekolahan yang dulu kurus kering... Kawan perempuan saya terutamanya semakin cantik dan bergaya. he he he. Tak sangka boleh jadi secantik tu...he he he.
Ada sekeping gambar di alam persekolahan membuatkan saya teringat zaman persekolahan saya. He he he. Saya memang teruk, ketika kawan-kawan saya belajar bersungguh-sungguh untuk SPM, saya sibuk berulang alik kat kedai cina di Jerteh dan Kuala Besut buat rambut, beli kaset dan menyanyi, naik motor orang ke sana-ke mari (naik motor dengan kawan di kelas lain), dan buat kek. He he he.



He he he.
Jan: Tiba-tiba teringatkan si dia...emmm ingatkah dia padaku...?

Impian sama, gaji berbeza...

Rasanya hampir semua impian melibatkan duit, impian perkebumian saya juga memerlukan duit. Saya berharap betul pada hari perkebumian saya nanti sesiapa yang datang dan menolong keluarga saya diberi sedekah/hadiah/tanda ingatan. Daripada tok iman, tok siak, sampai ke penggali kubur saya, saya nak hadiahkan kain pelikat atau bagi perempuan kain batik cap Tiga Serangkai... Semuanya memerlukan duit... jika tidak impian tersebut hanya tinggal impian...


Rata-rata rakyat Malaysia berimpian untuk mempunyai rumah yang besar, cantik dan selesa, kerja yang bagus, kenderaan yang selesa dan bergaya, isteri yang cantik atau suami yang setia...


Namun bukan semua orang dapat meralisasikan impian tersebut menjadi sebuah kenyataan. Dan kata kawan saya kenyataan selalunya pahit. Saya tak nak komen sebab memang kenyataan banyak yang pahit sebab kita banyak yang tak sempurna...


Siapa yang berani? Siapa! maksud saya berani hidup dengan gaya hidup yang terpapar di slip gaji kita... Siapa?


Kalau boleh `saya' nak pergi bercuti ke luar negara, kalau boleh `saya' nak buat taman moden di rumah `saya'. Kalau boleh `saya' nak tukar kereta, kalau boleh `saya' nak renovek dapur, dan tambah 2 bilik berserta sebuah ruang keluarga. Kalau boleh `saya' nak buat kolam mini yang kecil... kalau boleh `saya' nak antar anak saya ke taska yang vouge dan terkenal, kalau boleh `saya' nak bla-bla-bla...
Perkataan `saya' yang saya guna di atas tu bermaksud kita.



Jan: kesimpulannya impian kita adalah untuk dapatkan sesuatu yang `lebih' daripada yang kita ada...emmm

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home