Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, February 24, 2014

Bahayakah mandi malam?

Selalu juga saya mandi pada malam hari. Malam yang saya maksudkan di sini adalah selepas pukul 12 tengah malam. Maksudnya pagilah jugak, he he he. Kadang-kadang saya mandi pukul 2 pagi.
 
Ilmu `Puja Bulan'

Biasanya orang yang menuntut ilmu `Puja Bulan' akan selalu mandi malam menjelang bulan mengambang. Pada zaman dahulu sebuah rakit akan dibina di tepi sungai membantu proses mandian tersbeut. Pada masa bulan mengambang penuh kita kena mandi di atas rakit tersebut dan mendepakan kedua tangan kita ke arah bulan sambil membaca beberapa ayat hikmat (yang menyeru dan membangkitkan semangat seri cahaya bulan). Dan saya terlupa beritahu, semasa kita menyeru ke arah bulah tersebut, kita diwajibkan berbogel. Saya rasa tak jadi masalah sebab memang gelap. Tiada siapa yang nampak kita di tepi sungai, di atas rakit... dalam keadaan bogel.
 
Nescaya kita tidak akan dimamah usia. Ke mana perginya usia tersebut? Jawapannya adalah usia kita itu dipindahkan kepada sekeping gambar kita yang kita simpan di almari. Gambar itu adalah gambar wajah kita yang sebenarnya (yang tua). Maknanya wajah kita sahaja yang akan kekal muda tapi badan kita tetap jugak tua...hehehe. Dan pastikan kita kena sorok gambar ini daripada nak cucu kita supaya mereka tidak terkejut melihat wajah kita yang sebenarnya. Itulah ceritanya yang saya pernah dengar.

Mandi malam menyegarkan saya
 
Namun saya hanya mandi malam dan tidak pula memuja muja bulan. Lagipun, walau berbogel saya tidak nampak pulak cahaya bulan sebab bilik air saya tak ada tingkap ke arah cahaya bulan pun.
 
Apa kelebihan mandi malam? Sebabnya pada siang hari saya banyak kerja. Lagipun aktiviti mandi malam saya hanya semakin menjadi-jadi apabila cuaca panas sahaja... (alasanlah ni, he he he).
 
Bila mandi malam badan akan rasa segar untuk tidor semula. Malah di waktu malam rasa nyaman sebab sunyi dan hening. Bagi yang bersetubuh elok juga mandi agar badan tidak bermani sampai ke subuh.
 
Saya tidak percaya

Saya tidak percaya kepada bahaya mandi malam. Dalam iklim sebegini mandi malam tidaklah memudaratkan kesihatan malah menolong kita daripada terus terhidrat. Lainlah kalau kita berada di khutub utara dan gatal nak mandi malam. Itu cari penyakit.
 
Tidak pula saya terjumpa secara saintifik bahawa mandi malam ini akan mendatangkan penyakit darah tinggi, kencing manis, barah, patah hati dan sebagainya. Lainlah kalau kita sudah ada penyakit paru-paru berair atau lelah dan hidup di negara sejuk. Haaa..(pendek kata kena lihat basic health kita dulu)
 
Sebab itulah saya terus berani mandi malam dengan bergayanya. Kalau saya tanya kepada 10 orang, akan ke sepuluh oranglah akan membantah tindakan saya kerana mandi malam yang kononnya membawa banyak penyakit dalam badan.
 
Dan bila kita tanya mereka benarkah ianya membawa penyakit dan doctor mana atau artikel mana yang beritahu. Mereka akan terdiam.
 
Bayangkan kalau orang kerja shif yang balik kerja pukul 3 pagi. Tak kanlah tak mandi...mereka akan mandi berehat sebelum tidur.
 
Kesimpulannya mandi malam bukanlah suatu yang memudaratkan bagi orang yang sihat. Yang tidak sihatnya kita terus tidur tanpa mandi dan esoknya baru mandi bila pergi kerja. Bila kita tidur dalam kekotoran bakteria tulah yang memudaratkan kita.
 
Jan: Kesimpulannya gaya hidup telah berubah. Kegiatan mandi malam mungkin akan menjadi satu budaya. Pun begitu saya akan cuba juga untuk mandi sebelum malam supaya tidaklah setiap hari terpaksa mandi malam.


 

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home