Mungkin benar kata-kata kawan saya yang berbangsa asing dan beragama asing tersebut. Katanya jika seseorang itu tidak berkahwin, pada suatu tahap dia akan mengalami proses selamba.
Proses selamba ini merujuk kepada proses untuk meringkaskan hidup dan memalaskan diri... Dan apabila beliau menerangkan proses tersebut, ianya amat menakutkan saya. Lantas saya teringat rumah bapa saudara saya yang tidak berkahwin (sudah melebihi 50an umur beliau), ya rumahnya tidak terurus....
Dan oleh kerana itulah pada suatu pagi saya bangun pagi untuk mengemaskan ruang tamu dan dapur. Entah mengapa saya semakin malas untuk mengemas rumah. Saya gagal meletakan kembali barang ke tempat asalnya, ke tempat sepatutnya.
Apabila bangun tidur, saya termenung sekejap ala Brat Pitt melihat keadaan ruang tamu dan dapur saya. Ya allah tidak terurus, keadaan rumah seperti seperti sesetengah orang berkeluarga (he he he). Saya perlu berkemas.
Di mana harus saya mula? Saya berpendapat saya mulakan dengan memakai seluar dahulu.
Saya mulakan di hadapan ruang tamu dengan membuluayamkan kain langsir. Alamak langsir baldu warna merun saya berhabuk. Saya belek-belek langsir tersebut, sudah lima tahun tak berganti. Saya rasa biarlah sepuluh tahun, he he he. Lima tahun lagi saya akan ganti. Itupun kalau sudah rosak.

Tidak rugi menggunakan kain langsir yang mahal sebab ia sangat tahan lama. Sebenarnya kain langsir tersebut bukanlah saya beli dengan harga yang mahal. Langsir tersebut dari salah sebuah hotel terkenal di Genting Highland. Salah sebuah hotel di sana mahu menukarkan langsir hotel mereka. Bagai bulan jatuh ke riba, saya rasa sangat untung bila membelinya dengan harga lelong. Cuba bayangkan seluruh rumah langsir kain berat, baldu, lembut dan di bahagian belakang dilapik kain koten dan dijahit dua lapis. Haaa.... Mahu puluhan ribu tu harganya.
Teringat lagi semasa mendapatkan langsir tersebut, saya merata cari kedai jahit. Sebabnya kain langsir tersebut mesti digunting untuk dikecilkan sempena dengan pintu dan tingkap rumah saya. Akhirnya saya lega adalah sebuah kedai mak cik yang sudi mengguntingnya... Dan bila saya datang untuk mengangkut langsir-langsir tersebut, saya terkedu apabila melihat bilnya. Harga upah mengubah langsir tersebut lebih mahal dari harga langsir tersebut!
Saya terus prasangka yang kononnya sebab saya pensyarah terus upahnya jadi mahal. Tapi saya bukannya pandai jahit sendiri. Saya bukannya perempuan zaman dahulu kala.

Namun pastilah langsir yang cantik tidak berpadanan dengan suasana rumah saya yang tidak terurus. Ibarat pakaian yang hebat dipakai oleh orang yang tidak hebat. Atau ibarat pakai tudung tetapi tetap mempamirkan aurat yang lain... atau tetap berpakaian seksi. Maksud saya tak kena.
Masuk tahun ni sudah lima tahun langsir itu tidak di basuh. Tetapi ianya tidak kotor kerana tidak ada anak-anak yang memegangnya dengan tangan yang penuh makanan. Saya rasa biarlah tidak berbasuh selama lima tahun lagi...barangkali sudah takdir langsir tersebut, he he he.
Minggu lepas ketika emak saya datang bersama jiran kami di kampong. Jiran saya tersebut sudah macam keluarga. Beliau ada memuji langsir saya. Katanya beliau nak buat langsir macam saya.
Minggu lepas ketika emak saya datang bersama jiran kami di kampong. Jiran saya tersebut sudah macam keluarga. Beliau ada memuji langsir saya. Katanya beliau nak buat langsir macam saya.
Saya ke ruang tamu pula... Capai CD Kak Pah, pagi-pagi ini saya mahu dengar lagu klasikal Melayu. Menyanyi lagu klasikal Melayu susah tau. Silap-silap tunggang langgang. Saya dengar lagu `Halimunan malam'. Kak Pah membawanya dengan amat mengesankan. Saya hampir meraung di ruang tamu rumah saya pada pukul tiga pagi tersebut. Tiba-tiba saya sedih....
Bersampung
Bersampung
No comments:
Post a Comment