Sukar untuk saya percaya bahawa hantu itu wujud. Saya dididik oleh ayah supaya tidak mempercayai kewujudan hantu. Dan saya selalu sinis apabila kawan-kawan saya di sekolah apabila mereka bercerita mengenai hantu.
"Kau tengok sendiri dengan mata kau ke?" Saya selalu bertanya. Dan sudah tentulah kawan-kawan saya hanya bercerita. Mereka yang bercerita tersebut tidak pernah pun berjumpa dengan hantu. Tentulah kewujudan hantu itu diragui sama seperti sesetengah orang meragui kewujudan tuhan.
Apa yang pasti rasa takut tetap wujud dalam diri saya. Saya pernah merasa takut dan ternampak sesuatu seolah lembaga. Saya memberitahu ayah saya akan hal ini. Ayah saya memberitahu otak saya yang menipudaya mata saya. Maka saya boleh lihat apa sahaja yang otak dan perasaan saya mahu. Emmm...
Mungkin sudah takdir saya banyak habiskan masa saya di muka bumi ini secara bersendirian. Maka kekosongan itu mungkin memberi ruang kepada hantu-hantu mendekati hidup saya. Namun setakat ini tiada apa-apa yang berlaku walaupun saya pernah diberitahu saya menyewa rumah berhantu.
Dan apabila saya bertemu dengan kawan saya yang benar-benar terlibat dengan kejadian hantu, saya jadi ragu-ragu. Adakah hantu itu wujud...
"Sumpah demi allah, aku nampak di hujung kaki aku. Hantu wanita itu menarik-narik kaki aku. sebab itulah aku pindah" Kata kawan saya.
"Muka perempuan itu buruk, rambut panjang dan berbaju lusuh berwarna putih" Terang kawan saya lagi kepada saya bersungguh-sungguh semasa kami makan roti canai pisang.
"Stangderdlah tu, tak kan hantu perempun tu berambut pendek ala kumpulan Femining atau blonde. Takkanlah hantu nak pakai baju bunga-bunga atau skit atas paha...he he" Saya cuba buat bergurau... Namun saya lihat dia serius giler bak bimbang bini baca sms cinta sulit dalam telefon bimbit.
Sambil bersungguh-sungguh menghabiskan roti canai pisang itu, saya terus berfikir. Betul ke kepala otak kawan aku ni. Namun kawan saya ini jenis budiman. Lagipun, buat apa dia nak tipu saya?
Jan: teringat ke` hantu' saya, memang dia `hantu' betul!
2 comments:
Dalam dunia ni kan ada setan.. jin.. jadi 'hantu' tu memang wujud rasanya.. paling bahaya hantu yang duduk dalam hati kita tu.. asyik bisik macam2.. hehe..
hantu la tu
Post a Comment