Minggu lepas mak saya dan kawannya (jiran kami di kampong) ada bertandang ke rumah saya. Duduk bermalam dua tiga hari. Berat saya naik 2 kilo.
Wah, mereka sungguh suka menonton drama Korea. Pagi petang, siang malam. Saya hanya menemani mak pada malam hari menonton bersama drama Korea (sebab saya tidak dapat tengok HBO). Mak saya pasang drama Korea tajuk `Your Lady'.
Kesimpulan dari melihat beberapa episode drama Korea: Saya dapati di mana-mana atas muka bumi ini ramai juga yang menderita kerana cinta dan kasih sayang. Baguslah, tidaklah saya terkontang kanting sorang diri di bumi ini, he he he.
Saya tidak faham jalur ceritanya sebab episode yang saya tengok tersebut sudah yang ke seratus lebih! Mesti banyak konflik sebelumnya...
Namun saya tertarik dengan satu watak perempuan cantik yang jahat dan kejam. Saya tertanya-tanya mengapa dia begitu kejam. Apakah yang terjadi dalam hidupnya sebelum itu? Mengapa begitu kejam? Dia cantik dan berada.
Lantas saya teringat akan diri saya, setiap kali saya melihat matahari terbit saya akan bersumpah. Saya bersumpah demi allah dan sekalian rasul, dia akan merindui saya sepanjang hayat, dan saya akan tetap membalas dendam.! saya akan tetap membalas dendam!
Saya tidak akan biarkan hati saya itu hancur begitu sahaja...
Saya tidak akan biarkan hati saya itu hancur begitu sahaja...
3 comments:
Mendalam tu encik pensyarah...
Nong andy
tentu min sea yeon tu...haha
hoho..dendam yang teramat ni..
Post a Comment