Perasan tak kita ada kawan yang kita tidak setuju dengan tindak tanduknya. Kita mungkin ada kawan yang merupakan ayah yang tak baik. Suami yang tak baik (lagi miang) atau isteri yang tak setia. Namun kita teruskan juga perkawanan tersebut kerana sebagai sahabat dia merupakan sahabat yang baik... Haaa.... (kalau nak cari kawan yang baik sebijik macam kita, alamatnya tak berkawanlah kita, haaakan?)
Selepas saya menunaikan sembahyang jumaat dengan Ja, terus saya sms kawan saya hendak bertanyakan tentang perkara sulit yang berlaku. Sebenarnya saya terpaksa mengumpul kekuatan untuk menghantar sms tersebut.
Mulanya saya rasa tidak patut campurtangan tetapi rasa bertanggungjawab untuk menegur sesama manusia...
" Kak Yum tahu ke kau menidori suaminya?".
Ringkas saja sms saya tersebut. Saya tunggu punya tunggu punya tunggu. Hari selasa baru Miss X balas.
1 comment:
baik punya soklan...tggu esok nk tahu miss X bls tak
Post a Comment